Monday, July 9, 2007

Apa sudah jadi?

'LETAK KERITA DBP SAHAJA'

Lokasi: Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan.

Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara? Perhatikan dan ulas perkara yang ironik. Cadangkan ayat yang sepatutnya tertulis. : )

13 comments:

Anonymous said...

Komen saya...

Anonymous said...

Astahga....Mengapa huruf 'T' dan 'A' tidak ada pada ejaan KERITA...Komen saya, sepatutnya "Tempat letak kerita DBP Sahaja"

Anonymous said...

Apa ini!!? hehe xP Letak kereta DBP sahaja : sepatutnya "Tempat letak kereta bagi ahli DBP(Dewan Bahasa Dan Perpustakaan) sahaja" Lurus kah cigu? hehe. kalau lurus, belanja makan nee.. hehe =P

Anonymous said...

#ejaan 'kerita' itu adalah salah. sepatutnya ejaanya adalah 'KERETA'
#cat tulisan yang terdapat juga agak kabur.

Anonymous said...

komen saya,tempat letak kereta tersebut kecil dan ejaan kereta juga salah. lebih melucukan, selalunya garis letak kereta berwarna putih tetapi gambar tersebut berwarna kuning.

Anonymous said...

1. TEMPAT LETAK KERETA DBP SAHAJA. Ayat yang lebh baik. Manakala pendapat saya mengenai dengan perkataan DBP rasanya perkataan tersebut sudah umum kerana tempat tersebut merupakan tempat Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi tak hairanlah jika tempat itu hanya khas untuk mereka yang bekerja dibekerja dibawah jabatan tersebut.

mezah17 set3 said...

saya bersependapat dengan bunal_271. Ejaan "kerita" itu salah. Ejaan yang sepatutnya ialah KERETA. Dan yang lebih melucukan lagi ialah... Pemberitahuan ini atau notis "Tempat Letak Kerita DBP sahaja" dicat atau ditampalkan diatas tempat letak kereta itu sendiri. Ini menyebabkan kesukaran bagi pemandu-pemandu awam yang bukan ahli DBP yang begitu terdesak untuk mendapatkan tempat letak kereta, untuk melihat notis itu dan meletakkan kereta mereka di situ. Dan apabila ini terjadi, pihak DBP pula akan menyalahkan orang awam, padahal, ini adalah salah pihak DBP kerana meletakkan notis di tempat yang sukar untuk dilihat. Saya menyarankan agar pihak DBP dapat meletakkan notis ini di satu tempat yang boleh dilihat dengan jelas dan nyata agar perkara perkara yang tidak diingini berlaku. Dan juga, sekali lagi saya tekankan.. ejaan untuk "kerita" ialah KERETA.

Nurul Hamizah Set 3

9186/01 said...

Terima kasih dan syabas atas komen awda. Jawapan awda saya terima dengan baik.

Jawapan yang ada pada saya bagi gambar tersebut akan saya tuliskan dalam entri akan datang agar semua pelajar boleh membacanya. :)

Akhir kata,

Bunga selasih daun keladi;
Terima kasih, nanti komen lagi!

Anonymous said...

ZiRaH_HZ*SET2*

saya berpendapat dengan Bunal dan Mezah...
sepatutnya ianya adalah "TEMPAT LETAK KERETA DBP SAHAJA"..
dan seperti yang dikatakan oleh bunal ..perkataan DBP tidak [erlu di jalaskan lagi,kerana ianya sudah maklum..=)

Anonymous said...

kadang-kadang orang brunei ini perkataan dalam bahasa melayu diubah-ubah..saya sangat menghargai bahasa melayu..cheewwwaaaahhh..

Anonymous said...

cubatah membuat ejaan kereta itu betul-betul..nasihat saya janganlah di perolok-olokan ejaan bahasa melayu..

Anonymous said...

Dari gambar tersebut, saya boleh nampak ayat Dewan Bahasa dan Pustaka telah disingkatkan menjadi 'DBP' dan ejaan kereta sudah disalah eja menjadi 'kerita'. Perkara yang membingungkan saya, kenapa pihak Dewan dan Bahasa tiada berbuat apa-apa pada kesalahan pengunaan bahasa itu? Kenapa mereka membiarkan sahaja perkara ini, ini boleh memberikan tanggapan yang buruk daripada orang ramai kerana mereka sebagai cendiakawan bahasa tergamak membiarkan perkara ini? Tiadakah pihak-pihak yang berkuasa mengambil tindakan mengenai perkara tersebut? Di harap pada pihak yang berkenaan supaya menganbil tindakan yang sewajarnya.

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Adibah itu. Hal itu menampakkan Bahasa Melayu sudah tidak dipedulikan lagi. Mengapa perkara itu boleh terjadi?. Saya rasa ia mungkin akan menimbulkan kesalahfahaman antara Pihak DBP itu sendiri dengan orang awam, kerana papan notis tersebut tidak jelas. Jadi, perkara ini sepatutnya perlu diambil tindakan yang sewajarnya. Mungkin dengan memberitahu perkara ini kepada pihak yang berkuasa. Benarkan cikgu?