Tuesday, July 10, 2007

Sehari Sepatah Kata #4

Hari ini saya akan mengenalkan kepada awda satu imbuhan yang diserap dari satu bahasa asing. Baca dan buat tugasan yang diberikan.

homo- (atau hom-)
sama atau serupa (misalannya: hominoid - serupa dengan manusia; homofon (bidang linguistik) - beberapa kata yang sama sebutannya (lafalnya) tetapi berbeza makna dan ejaannya; dan homograf (bidang linguistik) - beberapa kata yang sama ejaan tapi lain sebutan dan maknanya).

Disesuaikan dari Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003:941)

homofon
(Bidang linguistik) perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.

homograf
(Bidang linguistik) perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.

Disesuaikan dari Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:463)

Contoh homofon:
masa dan massa (sama sebutan tetapi lain makna)

Contoh ayat:
Kamu diberikan masa secukupnya untuk menulis jawapan kepada soalan itu.
Media massa negara ini disarankan agar lebih bertanggungjawab terhadap berita yang mereka sebarkan.

Contoh homograf:
mereka dan mereka (bisdurang dan mencipta)

Contoh ayat:
Mereka suka makan nasi ayam.
Dia mereka cerita itu untuk menipu kawannya).

TUGASAN: Cuba berikan perkataan-perkataan lain (beserta contoh ayat) yang boleh dikategorikan ke dalam golongan perkataan homofon dan homograf. Jangan lupa berikan nama pendek awda dan dari set mana kelas BM awda.

Terima kasih dan selamat mencuba :)

7 comments:

9186/01 said...

percubaan..

war set 6 said...

Saya ingin mencuba mengenai kata homograf. Contoh:semak dan semak.(ia menunjukkan tempat dan perbuatan) Contoh ayat:Tempat pembuangan sampah itu menjadi semak sebab tidak ada yang membersihkannya. :Cikgu menyuruh semak semua kertas kerja yang di berikan.

Malisa Set 6 said...

Homograf - Pandangan :

~ Pandangan lelaki berbaju putih itu amat menakutkan.

~ Berikan pandangan atau pendapat awda tentang lelaki itu.

9186/01 said...

semak dan semak:

Satu kata menggunakan e pepet dan yang satu lagi e taling.

pandangan dan pandangan:

Pendapat dan penglihatan.

Pelajar lain? Ada banyak lagi perkataan yang tergolong dalam homofon dan homograf.

Anonymous said...

ZiRaH_HZ*SET2*

cikgu,saya masih keliru dengan perkataan HOMOFON dan HOMOGRAF?


Baharu dan Baru adakah ia tergolong dalam Homograf?

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
No More Crawling Downloads Using NZB Files You Can Instantly Find Movies, PC Games, MP3s, Applications & Download Them at Dashing Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]NZB Search[/B][/URL]

Anonymous said...

Validate Our Sable Prices at www.Pharmashack.com, The Unequalled [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Posologist's [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Corroborator declare to Countless Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Be struck next to a Stupendous Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] In commerce of Your Victuals ! We Up Carry out principal [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !