Wednesday, September 26, 2007

Nurin Jazlin: Dalam kenangan

Sejak lebih sebulan yang lalu, kisah kehilangan budak perempuan berusia 8 tahun telah mendominasi media massa Malaysia. Nurin Jazlin binti Jazimin (atau lebih mesra dipanggil Kak Ngah oleh ahli keluarganya) yang keluar seorang diri buat kali pertama dari rumahnya dengan tujuan untuk membeli makanan di sebuah pasar malam dekat rumahnya tidak pulang ke rumah malam tersebut. Pelbagai andaian telah dibuat oleh orang ramai, antaranya perlakuan fidofil, penculikan dan sebagainya. Ganjaran berupa wang telahpun ditawarkan kepada mana-mana individu yang berjaya membawa pulang atau memberikan maklumat tentang keberadaan Nurin Jazlin.

Namun, pada minggu lepas, sebuah beg sukan berisi mayat seorang kanak-kanak perempuan
ditinggalkan dan dijumpai di sebuah premis. Hasil bedah siasat mengemukakan bahawa mangsa telah meninggal dunia kerana jangkitan pada usus dan juga disebabkan penderaan teruk seksual. Mangsa didapati meninggal dunia kurang daripada 24 jam sebelum mayatnya ditemui. Pada mulanya, ibu bapa kanak-kanak yang malang tersebut, iaitu melalui prosedur pengecaman, mengatakan mayat budak yang dijumpai itu bukan anaknya kerana tubuh budak yang dijumpai itu lebih kurus dan rambutnya pendek. Namun ujian DNA mengesahkan sebaliknya; mayat tersebut adalah mayat Nurin Jazlin.

Setakat ini, belum ada tangkapan yang dibuat kerana siasatan masih dijalankan. Di samping itu, pihak Kerajaan Malaysia, melalui pihak polisnya mengkaji kemungkinan untuk mendakwa ibu bapa mangsa di bawah peruntukan Akta Kanak-kanak 2001.

Perkara seperti inikah yang kita mahukan berlaku di negara kita? Kanak-kanak didera secara seksual dan dibiarkan mati dalam keadaan yang menyedihkan. Kemudiannya mayat/jenazah dibuang dalam keadaan menyayat hati? Jelas, ia harus dicegah sebelum terjadi di sini.

Untuk keterangan lanjut, layari dan baca laman web berikut:

  1. Nurin Jazlin dalam kenangan
  2. Berita Harian online
  3. Utusan Malaysia
  4. Google (dengan menaip kata kunci "Nurin Jazlin")

Melalui kemudahan komen, berikan pendapat kamu dalam bentuk perenggan tentang kejadian ini dan cara-cara pencegahannya. Tuliskan juga, adakah pihak polis wajar menjalankan tindakan undang-undang kepada keluarga mangsa yang di

Buat keluarga mangsa, bersabarlah menghadapi dugaan. Buat ibu bapa, mata-matailah anak anugerah Ilahi dan buat pelajar-pelajar, sedekahkanlah pahala surah al-Fatihah buat mangsa dan panjatkanlah doa mudah-mudahan perkara sebegini tidak berulang lagi.


Al-Fatihah
Allahyarham Nurin Jazlin binti Jazimin
1999 - 2007