Thursday, August 16, 2007

Umbrella, oleh Marie Digby

Berikut saya kongsikan bersama awda sebuah lagu bertajuk 'Umbrella' yang dahulu dipopularkan oleh Rihanna dan sekarang oleh penyanyi yang bakatnya diasuh dari laman web youtube.com.


Dapatkan senikata lagu tersebut di sini.
.
.
Tugasan awda:
Terjemahkan lirik ini ke dalam bahasa Melayu. Pastikan terjemahan yang awda tulis boleh kita nyanyikan dengan menggunakan melodi yang sama. Masukkan lirik yang awda tulis ke dalam ruangan komen. Jika ia susah untuk awda lakukan, terjemah lirik tersebut dan gubah sebuah lirik baharu yang berkaitan apa saja asalkan ia boleh dinyanyikan bersama melodi 'Umbrella'. Lirik tersebut haruslah sedap dibaca dan mempunyai maksud yang jernih. Selamat mencuba!

Nota Kuliah tentang peta minda dan pemerengganan

Saya telah berjanji akan memberikan nota yang menunjukkan contoh peta minda dan cara kita menghasilkan perenggan.

Muat turun nota tersebut dengan mengklik hiper pautan berikut:

1. Perenggan pengenalan.


2. Perenggan isi.



Baca dan kemudian cuba buat sebuah peta minda besar yang lengkap (termasuk perenggan penutup - walaupun ia belum saya ajarkan) berdasarkan tajuk karangan yang sama.

Monday, August 13, 2007

Sehari sepatah kata #11

Hari ini, saya kenalkan awda dengan perkataan 'nepotisme'.


nepotisme (sebutannya népotisme)
perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:926)

Tugasan awda:
Beri contoh ayat yang menggunakan perkataan 'nepotisme' (jika awda mampu, masukkan juga perkataan yang saya ajarkan kepada kamu dalam SSK 10) dan tuliskan pendapat kamu tentang amalan nepotisme ini (adakah ia buruk atau baik).

Contoh ayat:
Abu optimis dapat bekerja di jabatan itu kerana ayahnya, seorang pegawai yang berpengaruh di sana, terkenal dengan amalan nepotismenya.