Saturday, May 17, 2008

Salam

Salam semua.

Apa khabar?

Monday, January 7, 2008

Selamat kembali ke sekolah

Mungkin ramai telah menduga yang saya tidak lagi akan bertugas di PTEB Januari ini; dugaan anda tepat. Tetapi hal ini tidak bermaksud perhubungan antara saya dan pelajar-pelajar Set 2, 3 dan 6 terputus di sini. Anda boleh menghubungi saya melalui emel yang saya berikan dan juga melalui laman blog ini. Lagipun saya, insya Allah, akan kembali bertugas di maktab yang sama mulai Jun ini iaitu tertakluk kepada arahan pihak atasan. 

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang rumus hujah yang saya ajarkan dulu, jangan segan-segan gunakan blog ini.

Salam,

Cgu Ali

Monday, December 3, 2007

Segmen: Conteng-Conteng Cuti Sekolah

Awda kreatif dan berani? Jika ya, tuliskan apa sahaja bahan kreatif (sajak, pantun, syair dan sebagainya) melalui ruangan komen pada segmen ini. Awda juga boleh memasukkan ulasan mengenai novel Saga atau Hikayat Hang Tuah untuk awda kongsikan dan bincangkan dengan rakan-rakan lain.

Saturday, December 1, 2007

...

Selamat bercuti!

Hari AIDS Sedunia 2007

(Imej ini diambil daripada: Infonia)


Hari ini: 1 Disember 2007, seperti tahun-tahun sudah, ialah Hari AIDS Sedunia. Hari AIDS Sedunia ini disambut dengan pemakaian riben merah (the Red Ribbon). Tema Hari AIDS Sedunia tahun ini: 'Stop AIDS. Keep the Promise - Leadership'. Hari AIDS sedunia ini diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sejak 1988. Di Brunei Darussalam, "LEADERSHIP: TALK & ACT" dipilih sebagai tema Hari AIDS Sedunia peringkat Brunei Darussalam.

AIDS direkodkan semakin menular dan Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada mengalami masalah AIDS ini. Mengikut rekod, bilangan rakyat Brunei yang menghidap AIDS semakin bertambah dan hal ini sangat membimbangkan. Oleh itu, kepada pelajar-pelajar, jauhilah perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda dijangkiti oleh virus HIV.

AIDS atau dalam bahasa Melayunya Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit disebabkan oleh virus HIV yang dipindahkan daripada pesakit kepada orang lain melalui beberapa cara. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman-laman web yang diberikan di bawah ini.


Pautan mengenainya:

  1. Teks ucapan YB Menteri Kesihatan
  2. Kelab Penyinar (Brunei Darussalam)
  3. Hari AIDS Sedunia
  4. http://www.worldaidsday.org/
  5. http://www.worldaidsday.org.au/
  6. http://en.wikipedia.org/wiki/World_AIDS_Day

Gambar-gambar lawatan





















Thursday, November 22, 2007

SANSWE 2007


Presentation1 Print


From: aliamat, 3 minutes ago








SlideShare Link

Iqra: Kayu Gaharu

Kenapa kayu gaharu kerap dicuri? Jawapannya ada di sini.

Kristal FM

Anda sudah melawat Kristal FM dan DST Group of companies. Semua pelajar, sila zahirkan pengalaman anda melalui butang komen di sini.

Lawatan ke Kristal FM

Saya terpanggil untuk menulis posting hari ini kerana ramai pelajar yang masih tidak faham tujuan lawatan kita ke Kristal FM.

Beberapa bulan yang lalu, saya telah mengadakan undian di blog ini iaitu saya mengarahkan pelajar-pelajar saya untuk mengundi rangkaian radio yang mereka ingin lawati. Tujuan undian adalah mudah: untuk 'memaksa' pelajar datang ke blog ini dan 'menyedarkan' pelajar yang datang untuk membaca sendiri entri-entri yang dimasukkan. Hasilnya, lebih daripada 20 pelajar mengundi dan sebahagian besarnya mengundi Kristal FM. Oleh itu, lawatan ke Kristal FM akan diadakan.

Namun, seperti yang saya catatkan di atas, ramai pelajar keliru dengan hal ini. 'Keistimewaan' atau pengalaman lawatan ini sebenarnya hanya untuk pelajar-pelajar Bahasa Melayu set-set 2, 3 dan 6. Tetapi disebabkan oleh tindak balas yang kurang memberangsangkan daripada pelajar-pelajar ini, dan juga disebabkan oleh bas yang ditempah banyak jumlahnya, lawatan ini dibukakan secara terhad kepada pelajar-pelajar Bahasa Melayu daripada set lain. Dengan kata lain, pelajar-pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu tidak boleh ikut serta dalam lawatan ini.

Saya harap awda sudah dewasa untuk memikirkan hal ini. Saya tidak mahu anda beranggapan yang saya tidak mahu membawa kawan-kawan awda yang lain.

Tuesday, November 20, 2007

Senarai pelajar yang menyertai lawatan

Setakat ini, saya sudah menerima 39 nama pelajar yang akan ikut serta lawatan ke Kristal FM dan DST Group. Kepada pelajar-pelajar ini, sila berjumpa Cg Hjh Hafidah untuk mendapatkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga esok (21 November 2007).

Kepada pelajar yang belum lagi mendaftar, sila daftarkan nama awda segera (selewat-lewatnya esok). Manakala kepada pelajar yang sudah mendaftar, baca dua makluman di bawah ini:

1. Tolong ingatkan rakan-rakan yang belum mendaftar nama mereka untuk berbuat demikian jika mereka ingin ikut serta dalam lawatan ini.
2. Saya sudah ajarkan 'dari' dan 'daripada'. Kenapa masih ada pelajar yang menggunakan, misalnya, "Sipulan dari Set 10" yang sepatutnya "Sipulan daripada Set 10". Kesilapan ini amat saya kesali.

Berikut ialah senarai nama pelajar yang sudah mendaftarkan nama mereka melalui blog ini:

1 Dk. Nur Saidah Binti Pg Hj Damit ?
2 Siti Majidah Bte Hj Abd Karim Set 2
3 Siti Rafiah Bte Haji Yaakub Set 2
4 Muhd. Firdaus B. Abd Ghani Set 2
5 Norhazirah Binti Haji Zakir Set 2
6 Nornadihrah Binti Zulkiflee Set 2
7 Siti Norfizurah Binti Abd Rahman Set 2
8 Zulfadhli Bin Pehin Khatib Haji Matassan Set 2
9 Arina Abd Rahman Set 2
10 Abd Hadi Hj Saedan Set 2
11 Nur Majidah Bte Hj Omar Set 3
12 Dk.Siti Nurul Hafizah Set 3
13 Noor Khadijah Haji Abu Bakar Set 3
14 Ak Md Amalul Arifin Bin Pg Maidin Set 3
15 Siti Norafizah Binti Mohd Tarif Set 3
16 Dk Amal Nazihah Bte Pg Ibrahim Set 3
17 Maz Ramizah Binti Mohidin Set 3
18 Mohd Hassanal Bin Harries Set 3
19 Muhd Zharif Bin Haji Sabli Set 3
20 Irma Ratna Seri Ayu Ibrahim Set 3
21 Dk Hjh Siti Nurzillah B Pg Zaini Set 3
22 Nurul Hamizah Hj Jalaluddin Set 3
23 Nurul Izyan Bte. Anver Set 3
24 Md Azmey Bin Yunus Set 3
25 Norafidah Hj Damit Set 3
26 Siti Nurzaidah Binti Mohaimin Set 3
27 Norlila@Nuralifah Binti Bini Set 5
28 Noor Sakdatun Afizzah Bte Abdul Ajit Set 6
29 Dyg Ainul Basirah Binti Awg Mohammad Set 6
30 Hj Abd Hanif Bin Hj Abd Rahim Set 6
31 Noraini Bte Hj Yakob Set 6
32 Nor Zahirah Bte Saifuddin Set 6
33 Nurul Syahirah Bte Kassim Set 6
34 Nur Siti Mulia Bte Hj Kifli Set 6
35 Nur Hamalina Bte Hamidon Set 6
36 Dk.Nur Hayana Bte Pg. Hj Abd.Razak Set 6
37 Dk Siti Amirah Hafizah bt Pg Othman Set 6
38 Warhidayah Binti Yussof Set 6
39 Nor Adibah Bte Duraman Set 6

Monday, November 19, 2007

SANSWE 2007

Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Annual National Seminar/Workshop on Education 2007.
'Current Trends and Practices in Teacher Education'
Universiti Brunei Darussalam
19-21 November 2007

Terima kasih. Tadi awda sudah mendengar pembentangan bertajuk 'Blog dalam pendidikan: Pengalaman 9186/1 PTEB'.
Awda dijemput untuk menggunakan kemudahan komen jika awda ada sebarang pertanyaan atau saranan.

Sekali lagi, terima kasih.

Aliamat Omar Ali
Jabatan PendidikaN Bahasa,
I.P.S.H.B.
Jabatan Pengajian Melayu,
P.T.E. Berakas.

Saturday, November 17, 2007

Maklumat lawatan ke Kristal FM

Lawatan akan berlangsung pada:
Tarikh: Khamis, 22 November 2007
Tempat berkumpul: PTE Berakas
Jam: 1 petang

Destinasi: DST Group dan Kristal FM.

Pelajar-pelajar diminta untuk menyediakan soalan-soalan yang ada kaitan dengan Kristal FM dan DST Group of companies. Soalan-soalan ini akan dijawab sendiri oleh wakil DST atau KFM yang bertugas.

Contoh soalan-soalan:
1. Siapakah yang membaca tashih iklan-iklan radio yang disiarkan?
2. Bagaimanakah caranya untuk kami boleh menjadi juruhebah radio?
3. Adakah teguran pernah dibuat sekiranya bahasa Melayu yang digunakan tidak betul sebutan dan tatabahasanya?

Atur cara:
Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan besar dan setiap kumpulan akan melawat DST Group dan KFM secara bergilir-gilir.
Acara lawatan berpula pada jam 2 petang dan akan berakhir sekitar 3.30 petang. Rombongan akan sampai ke sekolah lebih kurang pada jam 4 petang.

Pakai pakaian sekolah. Anda digalakkan memakai jaket atau kot sekolah kerana tempat tersebut sejuk. Jangan lupa pakai lencana sekolah. Setakat ini tidak ada larangan untuk anda membawa kamera namun jika diminta oleh Pengawal Keselamatan untuk meninggalkan kamera dan telefon bimbit di bilik Pengawal Keselamatan, patuhi arah tersebut.

Semasa lawatan, jaga nama baik sekolah dan guru-guru.

Terima kasih.

Thursday, November 15, 2007

Pertemuan Sasterawan Brunei ke-4

Beberapa hari lepas, saya berkesempatan menghadiri majlis perasmian Pertemuan Sasterawan Brunei yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada acara tersebut, buku tulisan pensyarah PTEB iaitu Yang Mulia Cikgu Haji Kula bin Haji Md Noor dilancarkan. Tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.



Lawatan ke Kristal FM


Tinggalkan nama dan set anda melalui kemudahan komen jika anda mahu membuat lawatan ke Kristal FM pada sama ada (ini bukan pilihan):

1. Khamis 22 November 2007
2. Sabtu 24 November 2007

Jam: bermula pada 2 petang.

Saya akan beritahu anda melalui Ketua Jabatan Pengajian Melayu mengenai perkara ini selewat-lewatnya Isnin 19 November 2007 (atau semak blog ini dari semasa ke semasa).

Wednesday, November 14, 2007

Terima kasih?

Betulkah ucapan terima kasih ini?

Contoh ayat yang selalu kita dengar dalam siaran berita rangkaian televisyen tempatan:

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih setinggi-tingginya kepada Kebawah Duli Sultan...

Setentunya, ucapan-ucapan ini lebih beradat jika ia digantikan dengan ayat:

Saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih setinggi-tingginya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan...

Kenapa?
Hal ini kerana frasa 'terima kasih' tidak sesuai digunakan untuk ditujukan kepada kerabat diraja. Mulai hari ini, gunakanlah frasa 'menjunjung kasih' jika ucapan 'terima kasih' itu ditujukan kepada keluarga diraja (dan mungkin kepada golongan pengiran).

Wednesday, November 7, 2007

Teori Hujah dalam Karangan

Gambar ini saya dapati daripada laman ini.

Anda sudah belajar tentang bagaimana menulis perenggan yang mantap. Teori dan rumus yang saya ajarkan itu boleh dikenali sebagai teori hujah dalam karangan.

Karangan: Cinta warga remaja.

Karangan ini akan menceritakan pendapat anda tentang REMAJA yang PERLU bercinta (anda cuba menangkis pendapat yang REMAJA TIDAK BOLEH BERCINTA). Oleh itu, anda harus menegaskan cinta yang bagaimana harus dialami oleh remaja. Kita sudah sepakat dalam kuliah bahawa remaja harus mencintai Tuhan, Rasul, agama, negara, raja, bangsa, diri sendiri, keluarga, ibu bapa dan lain-lain.

Sila baca penerangan di bawah ini.

Perenggan iii:

A - Remaja
B iii - Harus cinta akan keluarganya
C iii - Akan menjadi warganegara penyayang


Perenggan iv:
A - Remaja
B iv - Harus cinta akan Tuhannya
C iv - Akan hidup dalam keberkatan


Perenggan mudah (Rumus lama)
Remaja harus cinta akan keluarganya. Orang yang cinta akan keluarganya akan menjadi warganegara penyayang. Oleh itu, remaja akan menjadi warganegara penyayang.

Remaja harus cinta akan Tuhannya. Orang yang cinta akan Tuhannya akan hidup dalam keberkatan. Dengan kata lain, remaja akan hidup dalam keberkatan.

+++
Ayat A/B dan B/C ialah AYAT TAJUK/TOPIK (tajuk kepada perenggannya).
Ayat PW, A/C ialah AYAT KESIMPULAN (ia harus menggunakan PW kesimpulan).
+++

Sebelum saya teruskan penerangan, pelajar perlu ingat bahawa REMAJA dan CINTA ialah fokus utama dalam karangan ini. Oleh itu, REMAJA harus kekal dalam bentuk A di setiap perenggan. Manakala, CINTA harus menjadi kata kerja utama dalam predikat B (misalnya CINTA akan keluarganya dan CINTA akan Tuhannya). Unsur C pula seharusnya merupakan 'AKIBAT' atau 'HASIL' percantuman unsur A dan Unsur B (REMAJA + CINTA keluarga = akan menjadi warganegara penyayang) atau (A+B=C).

Rumus pertama mengajar anda untuk mengenal apa unsur A, B dan C. Setelah anda faham unsur A, B dan C, barulah anda boleh menguasai rumus baharu (rumus kedua).

Baiklah, sekarang saya perturunkan perenggan panjang bagi dua perenggan di atas (KELUARGA dan TUHAN).

Rumus baharu: A/B/C. PW, A/C/B.

Di sini, ayat ABC ialah AYAT TAJUK/TOPIK. Manakala ayat PW, ACB ialah ayat kesimpulan.

++++

Remaja mesti mencintai keluarganya kerana jika mereka cinta akan keluarganya, remaja akan menjadi warganegara yang mempunyai sifat penyayang. Oleh itu, remaja akan menjadi warganegara penyayang jika ia cinta akan keluarganya.

Remaja akan hidup dalam keberkatan jika ia cinta akan Tuhannya. Dengan kata lain, kehidupan remaja akan sentiasa diselimuti dengan keberkatan kalau ia memilih untuk cinta akan Tuhannya.

++++

Sekarang, tarik nafas dalam-dalam. Anda sudah dapat lihat A, B, C dan PW dalam dua perenggan ini. Unsur-unsur A, B dan C telah digabungkan dalam satu ayat majmuk. Sekarang anda perlu menambahkan ayat penerang dan ayat contoh.

Bagaimana untuk mendapatkan ayat penerang?
Anda perlu fikirkan ini: Bagaimana unsur C boleh 'keluar' atau kita dapati hasil daripada gabungan unsur A dan B atau melalui contoh di atas, bagaimana 'REMAJA akan menjadi warganegara penyayang' jika 'ia CINTA akan keluarganya'?

Jawapannya:
Jika REMAJA cinta akan keluarganya, remaja akan ada sikap suka bertoleransi dan tidak pentingkan diri sendiri. Sikap ini wujud kerana REMAJA cinta akan keluarganya.

Ayat contoh:
REMAJA jenis ini biasanya akan menolong adik-adiknya untuk mengulang kaji pelajaran walaupun pada ketika yang sama, beliau sendiri menghadapi peperiksaan (bertoleransi dan tidak pentingkan diri sendiri).

Oleh itu, perenggan baharu ialah seperti berikut (jangan lupa tarik nafas dalam-dalam):

++++

Remaja mesti mencintai keluarganya kerana jika mereka cinta akan keluarganya, remaja akan menjadi warganegara yang mempunyai sifat penyayang. Remaja sebegini biasanya dilengkapi dengan sikap mudah bertoleransi dan tidak mudah pentingkan diri sendiri. Sikap dan sifat ini tersemai secara tidak langsung daripada keakraban remaja dengan ahli keluarga mereka di rumah. Buktinya, lihat sahaja remaja yang menjadi anak sulung; mereka biasanya akan menolong adik-adiknya terutama sekali ketika musim peperiksaan walaupun beliau sendiri juga sedang menghadapi peperiksaan. Oleh itu, remaja akan menjadi warganegara penyayang jika ia cinta akan keluarga.

++++

Begitu juga dengan perenggan REMAJA / CINTA akan Tuhannya. Perenggan itu, setelah dibubuh ayat penerang dan ayat contoh, berbunyi seperti berikut:

Remaja akan hidup dalam keberkatan jika ia cinta akan Tuhannya. Remaja yang cinta akan Tuhan ialah mereka yang tidak segan untuk menunaikan rukun Islam yang lima, tidak mempersoalkan rukum iman yang enam dan tanpa ragu meninggalkan segala larangan-Nya. Remaja sebegini, dengan izin Allah selalunya dipermudah segala urusannya. Dengan kata lain, kehidupan remaja akan sentiasa diselimuti dengan keberkatan kalau ia memilih untuk cinta akan Tuhannya.

+++

Saya berikan sekali lagi dua perenggan di atas.


Remaja mesti mencintai keluarganya kerana jika mereka cinta akan keluarganya, remaja akan menjadi warganegara yang mempunyai sifat penyayang. Remaja sebegini biasanya dilengkapi dengan sikap mudah bertoleransi dan tidak mudah pentingkan diri sendiri. Sikap dan sifat ini tersemai secara tidak langsung daripada keakraban remaja dengan ahli keluarga mereka di rumah. Buktinya, lihat sahaja remaja yang menjadi anak sulung; mereka biasanya akan menolong adik-adiknya terutama sekali ketika musim peperiksaan walaupun beliau sendiri juga sedang menghadapi peperiksaan. Oleh itu, remaja akan menjadi warganegara penyayang jika ia cintakan keluarga.

Remaja akan hidup dalam keberkatan jika ia cinta akan Tuhannya. Remaja yang cinta akan Tuhan ialah mereka yang tidak segan untuk menunaikan rukun Islam yang lima, tidak mempersoalkan rukum iman yang enam dan tanpa ragu meninggalkan segala larangan-Nya. Remaja sebegini, dengan izin Allah selalunya dipermudah segala urusannya. Dengan kata lain, kehidupan remaja akan sentiasa diselimuti dengan keberkatan kalau ia memilih untuk cinta akan Tuhannya.


+++

Jika anda baca kedua-dua perenggan ini, anda akan dapat rasa bahawa kedua-dua perenggan ini tidak bersatu dengan baik. Maksudnya, selepas membaca perenggan REMAJA / CINTA akan keluarganya, anda akan berasa janggal membaca perenggan seterusnya. Kenapa? Sebenarnya, ia disebabkan oleh tidak ada 'jambatan' yang menghubungkan kedua-dua perenggan itu, iaitu dari segi idea dan pengaliran.

Baca perenggan-perenggan ini. Ia sudah diubah suai. Ayat yang berhuruf tebal ialah ayat tambahan. Bayangkan perenggan REMAJA / CINTA akan keluarganya sebagai perenggan ketiga daripada sebuah karangan lengkap.


(TARIK NAFAS DALAM-DALAM).

+++++

Selain daripada hal yang dinyatakan dalam perenggan sebelum ini, remaja juga mesti mencintai keluarganya kerana jika mereka cinta akan keluarganya, remaja akan menjadi warganegara yang mempunyai sifat penyayang. Remaja sebegini biasanya dilengkapi dengan sikap mudah bertoleransi dan tidak mudah pentingkan diri sendiri. Sikap dan sifat ini tersemai secara tidak langsung daripada keakraban remaja dengan ahli keluarga mereka di rumah. Buktinya, lihat sahaja remaja yang menjadi anak sulung; mereka biasanya akan menolong adik-adiknya terutama sekali ketika musim peperiksaan walaupun beliau sendiri juga sedang menghadapi peperiksaan. Oleh itu, jelaslah bahawa remaja akan menjadi warganegara penyayang jika ia cinta akan keluarga.

Namun, cinta berikut ini adalah cinta yang paling utama dan tidak ada tolok bandingannya. Setentunya, remaja akan hidup dalam keberkatan jika ia cinta akan Tuhannya. Remaja yang cinta akan Tuhan ialah mereka yang tidak segan untuk menunaikan rukun Islam yang lima, tidak mempersoalkan rukum iman yang enam dan tanpa ragu meninggalkan segala larangan-Nya. Remaja sebegini, dengan izin Allah selalunya dipermudah segala urusannya. Dengan kata lain, kehidupan remaja akan sentiasa diselimuti dengan keberkatan kalau ia memilih untuk cinta akan Tuhannya.

+++
Penambahan unsur yang ditebalkan ini hadir dengan sendirinya jika anda kerap berlatih dan ketika anda cuba memulakan perenggan baharu.

Bagaimana? Anda sudah faham?

+++

Imbas kembali.

1. Anda harus tahu unsur A, B dan C serta PW semasa anda melukis peta minda.

2. Buat dua ayat (ayat tajuk dan ayat kesimpulan) dalam kepala anda.

3. Catatkan bagaimana A+B=C (ayat penerang) pada peta minda.

4. Berikan contoh (pada peta minda).

5. Tulis perenggan dan mulakan setiap perenggan dengan unsur/ayat yang menyambungkan idea daripada perenggan seterusnya.

Terima kasih. Saya doakan kepada pelajar yang rajin membaca blog ini semoga mendapat manfaat daripada entri ini.

Lawatan ke MV Doulos

Berikut saya kongsikan beberapa gambar lawatan rasmi PTEB ke kedai buku terapung terbesar di dunia, MV Doulos yang berlabuh di Pelabuhan Muara minggu lalu.


Kapten kapal?


MV Doulos





Mizah dan rakan



Kepada pelajar yang tidak berkesempatan melawat kapal tersebut, kali ini ialah kali terakhir kapal tersebut singgah ke Brunei Darussalam kerana pada tahun 2009, kapal ini akan dimusnahkan. Rata-rata, buku-buku yang dijual di sana murah harganya dan tidak ada buku dalam bahasa Melayu.

Saya sempat mendengar keluhan beberapa pengunjung. Seorang pengunjung mengatakan yang anak beliau terbeli sebuah buku yang mengandungi unsur-unsur Kristian. Menurut beliau lagi, beliau hairan kenapa buku-buku di kedai buku terapung ini tidak diperiksa oleh pihak Keselamatan Dalam Negeri. Untuk pengetahuan pelajar, setiap buku yang dibawa masuk ke negara ini harus dibawa ke pihak tertentu untuk penyemakan ditakuti bahan terbitan yang dibawa itu mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan falsafah dan ideologi kita, iaitu MIB.

Wednesday, October 31, 2007

Penanda wacana

Esok saya akan mengajarkan penanda wacana kepada anda. Sebagai bacaan awal, saya berikan beberapa laman web yang menerangkan tentang penanda wacana. Sila baca maklumat yang diberikan dalam laman-laman web tersebut.

Untuk tujuan itu, insya Allah saya akan adakan kembali kelas tambahan di makmal ICT seperti sedia kala.

Terima kasih.

Beberapa laman tentang penanda wacana:

  1. Myschoolnet
  2. Mohd. Zaki Hj Awg Mat
  3. Tutor.com.my