Thursday, July 26, 2007

Tugasan awda

  1. Undian
  2. Terasul
  3. Projek Blog 9186
  4. Iqra 1, 2, 3, dan 4
  5. Tugasan lama

Terima kasih

Sehari sepatah kata

Zirah_HZ dan Bunal271, saya harap entri kali ini dapat menjelaskan kedua-dua perkataan yang kamu tanyakan.

jelajah I; menjelajah pergi berjalan ke merata-merata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain);
menjelajahi mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dan lain-lain) sesuatu daerah dan lain-lain (untuk menyelidiki dan lain-lain), menjajah.

Contoh ayat:
Sejak manusia berjaya menaiki roket mendarat di bulan, usaha-usaha untuk ~ angkasa lepas telah dipertingkat.

penjelajahan perihal menjelajahi,

Contoh ayat:
Inilah pertama kalinya kapal terbang digunakan untuk ~ di bahagian Artik.

penjelajah
1. orang yang menjelajah,
Admunsen ialah seorang ~ kutub bangsa Norway.
2. kapal ~ sejenis kapal perang yang tidak begitu besar tetapi laju.

jelajah II (dialek Minangkabau)
menjelajahkan menerangkan, menghuraikan.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994:526)


jana 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir;
menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yang dimainkan oleh sektor pertanian dalam ~ pendapatan dan guna tenaga;

terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil;

penjanaan perbuatan (tindakan dan sebagainya) menjanakan atau menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yang berkaitan dengan ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Biologi) pembentukan semula tisu atau organ yang tercedera (rosak) pada tumbuhan atau haiwan, misalnya pembentukan semula ekor cicak yang telah putus;

penjana sesuatu (alat dan lain-lain) yang atau untuk menjanakan (kuasa dan lain-lain): alat ini mempunyai sebuan ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994:515)

Wednesday, July 25, 2007

Sehari sepatah kata

Sehari sepatah kata kita kembali lagi hari ini. Berikut diperturun beberapa kata yang jadi kemusykilan beberapa pelajar pada sesi kuliah pagi tadi.

teroka; meneroka
1. membuka kawasan baharu untuk dijadikan kampung,
2. (kiasan) menyelidiki (untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi), menjelajah,
3. = menerokai menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan yang baharu).

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:1435)

potensi (poténsi)
kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju dan sebagainya.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:1053)

Iqra: Edisi Keempat

Hari ini buat pertama kalinya, saya sajikan berita dalam bahasa Inggeris yang saya dapati dari laman web tempatan. Selamat membaca.

Brudirect.com
  1. Religious Belief Brings Growth And Prosperity
  2. Let 'Aqidah' Be Your Guide: HM
  3. 192 Houses Damaged; Donations Pour In

Berita Harian
  1. Adi Putra cipta 183 formula matematik
  2. Pengerusi nafi matikan telefon bimbit
  3. MB dedah pertubuhan agama cuba pesong Islam
  4. Amaran kepada penulis blog

Utusan Malaysia

  1. Kesilapan manusia mungkin punca nahas Nuri
  2. Mayat perempuan ditemui dekat Menara Maybank

Tuesday, July 24, 2007

Kemudahan komen


Jika awda teliti blog kita, kita ada menerima beberapa orang luar (bukan warga Brunei Darussalam) yang 'mengikuti' perkembangan blog kita. Orang-orang ini bukan saja melawat tetapi juga meninggalkan komen yang pada pandangan saya, tidak ada kaitan dengan entri yang disajikan. Saya rasa, hal ini disebabkan oleh peniadaan 'word verification'. Hal ini jika dibiarkan, akan mengganggu keselamatan blog kita (mungkin bukan orang yang meninggalkan komen tersebut tetapi perisian yang diprogram untuk meninggalkan komen secara rambang). Jika ia dibiarkan, komen-komen dari 'orang' ini akan membanjiri ruangan komen yang dikhususkan untuk awda semua.

Hari ini saya masukkan satu kotak undian untuk memberikan awda kuasa untuk memilih sama ada 'word verification' diadakan kembali atau sebaliknya.

Keputusan undian yang awda hasilkan akan saya hormati, namun sebelum mengundi, fikirkan keselamatan blog kita.

Emel awda

Pada minggu lalu, saya telah menghantarkan sesuatu ke alamat emel awda semua. Emel tersebut adalah jemputan untuk menyertai Google Groups. Awda 'dipersilakan' untuk menerima jemputan tersebut kerana hanya dengan menerima jemputan itu, saya boleh 'memberitahu' awda melalui emel jika ada sebarang entri yang saya paparkan di blog ini.


Terima kasih.

Iqra: Edisi ketiga

Berita Harian

  1. Pihak berkuasa bebas pantau semua blog: TPM

  2. UFUK MINDA: Islam angkat daya intelek Melayu

  3. Sikap positif bawa kejayaan di dunia, akhirat

  4. Kawabata pelopor neo-impressionisme sastera Jepun

Forum anti-dadah

Saya sempat mengikuti forum tersebut kelmarin (sekitar 40 minit pertama). Jika awda ada sebarang perkara yang ingin awda bincangkan tentang perkara tersebut, sila masukkannya di dalam ruangan komen untuk perbincangan warga BM PTEB.

Terima kasih.

Tambahan baharu

Untuk memastikan blog ini indah dan mempunyai reka bentuk yang menarik, saya telah menambah beberapa kemudahan.

Jika awda lihat di sebelah kanan (iaitu di bawah kolum arkib), saya simpankan NeoCounter. Fungsinya: untuk melihat kewarganegaraan pengunjung-pengunjung yang melawat laman blog kita ini.

Seterusnya, jika awda tinjau di bawah sekali laman ini, saya telah memasukkan satu aplikasi yang memberitahu I.P. awda dan informasi yang berkaitan dengan komputer yang awda gunakan.

Manakala di sebelah kanan atas, iaitu dalam kolum berwarna hijau, saya telah masukkan sebuah jam dan kalendar. Walau bagaimanapun, tidak semua pengunjung boleh melihat jam ini.

Terima kasih.

Monday, July 23, 2007

Pembentangan Projek Blog 9186

Seperti yang dicadangkan oleh Zirah_Set2, berikut saya sampaikan pendapat dan pandangan saya mengenai pembentangan yang dibuat pelajar pada Khamis dan pagi tadi.

Khamis, Set 6.

Ada sembilan kumpulan pelajar yang membentangkan tajuk esei mereka. Maafkan saya kerana saya tidak mencatat isu-isu yang pelajar kemukakan. Hal ini menyebabkan saya lupa beberapa isu yang pelajar bincangkan. Namun, antara isu yang dipilih:

  1. Pengangguran.
  2. Sambutan perayaan Hari Puja Usia.
  3. Masa hadapan kerjaya sebagai ahli sukan profesional.
  4. Isu pekerja asing di Brunei Darussalam.
  5. Pemanasan global.
  6. Pelajar PTEB dan rokok.

Isnin, Set 2.

Tidak semua pelajar sempat membentang. Antara isu yang sempat dibincangkan ialah:

  1. Isu remaja lepak di kafe siber.
  2. Gejala remaja dari rumah sudah meningkat.
  3. Kemalangan jalan raya: Sebab dan akibat.

Isnin, Set 3.

Tidak semua pelajar sempat membentang. Antara isu yang sempat dibincangkan ialah:

  1. Pelajar dan komik.
  2. Penggunaan internet di kalangan pelajar.
  3. Remaja dan sosialisasi di luar waktu sekolah.
  4. Homoseksual.
  5. Hubungan di antara MP dan bukan MP.

Saya yakin ada isu yang dibincangkan tidak saya paparkan di sini. Saya harap, semua kumpulan menuliskan tajuk tugasan mereka di sini melalui kemudahan komen (walaupun isu yang awda tulis sudah saya sebutkan di atas). Tajuk yang awda tulis di sini haruslah lengkap.

Contohnya:

Kerjaya dalam pasukan beruniform: adakah ia sekadar biasaan melepas batok di tangga?

Pendapat saya:

Pelajar, kebanyakannya masih malu untuk menggunakan kesempatan berbincang dan bertukar-tukar pendapat yang diberikan. Hanya beberapa pelajar Set 6 sahaja yang berani mengemukakan pendapat mereka. Set lain? Apa sudah jadi? Harapan saya agar perkara ini tidak terjadi dalam kuliah seterusnya.

Saya pernah mengatakan (dalam salah satu set yang saya ajar) bahawa "Pelajar yang bertanya atau mengemukakan pendapat adalah pelajar yang berfikir dan memproses apa yang didengarnya". Sejujurnya, saya suka mengajar pelajar yang aktif dan bertindak balas positif dengan guru dan rakan-rakan lain; bukannya yang aktif bercerita semasa kuliah berlangsung dan sebagainya.

Seterusnya, pandangan saya mengenai aktiviti berkongsi pendapat ini: sama seperti projek blog, belum mencapai matlamat yang kita sendiri mahukan. Penyertaan aktif pelajar amatlah penting agar pengajaran dan pembelajaran.

Akhir kata, jangan lupa tugasan awda. :)

Sekadar ingat-mengingati

Klik di sini untuk membaca kembali Tugasan awda

Tugasan terbaharu:

  1. Terasul, gelaran dan nama.
  2. Iqra 1
  3. Iqra 2

Nota: Saya sekali lagi akan mengurangkan penambahan tugasan kerana hanya beberapa pelajar sahaja yang berupaya melakukannya. Jangan lupa untuk datang Khamis dan Isnin hadapan untuk menentukan hari kita masuk ke Makmal TMK (ICT).

Iqra: Edisi kedua

Berita Harian
  1. NadiBiz: Shafik Rizaal cekal pacu bidang ICT
  2. Pasang PC kerja mudah
  3. Tindakan warden akibatkan trauma

Utusan Malaysia
  1. Warden pertahan rendam 200 pelajar dalam kolam
  2. Pendidik mesti bijak kawal emosi

Terima kasih. Jika awda ada berita atas talian yang ingin awda kongsikan, tuliskan pautannya di ruang komen.