Wednesday, August 8, 2007

Keputusan undian

Saya, dengan perasaan sukacita, memaklumkan kepada awda keputusan undian kedua tempoh hari. Hanya SEPULUH pelajar yang membuang undi, dan 60% dari mereka telah memilih untuk mengadakan 'word verification' kembali. Namun disebabkan, setakat ini 'gangguan' yang kita terima adalah di tahap minima; saya pada masa ini tidak akan memestikan 'word verification' awda tulis.



Terima kasih kepada para pengundi atas kedewasaan awda melaksanakan tugasan ini. Bukan niat saya untuk membelakangi keputusan undian tetapi jika awda lihat jumlah pelajar yang mengundi iaitu 10 daripada 70 pelajar, peratusannya tidak signifikan.



Undian seterusnya:





Rangkaian radio kesukaan awda.

Sila buat undian kerana saya ingin tahu rangkaian radio mana yang paling awda suka. Jika diizinkan, saya berhajat untuk membawa awda melawat ke stesen radio yang paling awda sukai (melalui undian). Syaratnya: kesemua pelajar Set 2; Set 3; dan Set 6 melakukan tugasan ini (lebih kurang 70 pelajar).



Terima kasih. Undilah. Tarikh tutup undian: 17 Ogos 2007 (Jumaat)