Thursday, September 20, 2007

Kerja rumah: Komponen Terjemahan


Jangan gunakan kemudahan komen untuk menghantarkan jawapan. Sebaliknya terjemahkan teks ini pada sekeping kertas dan hantarkannya kepada saya pada Isnin 24.09.2007. Saya tidak akan menerima kerja rumah yang dihantarkan selepas hari Isnin. Terjemahan yang awda hantar mestilah ditulis dengan tangan.


Petua:


  1. Baca dan fahamkan teks.

  2. Terjemahkan teks.

  3. Baca kembali tulisan awda dan buat pembetulan (perubahan) yang patut.


+++


FASAL 3

Salin teks ini dan gariskan di bawah setiap perkataan yang awda rasakan susah. Kemudian tuliskan padanan bahasa Melayunya. Selepas itu, terjemahkan petikan di bawah ini ke dalam bahasa Melayu.

(20 markah)


Pilots featured in children’s documentary series

Several of Royal Brunei Airlines’ pilots filmed segments for the Radio Televisyen Brunei children’s documentary series Impian Ku (Your dream).

Production house Megabond, was commissioned to film the episode at various locations around RBA Training Centre and Brunei International Airport. Corporate Communications Officer Nur Rita Syakirah Abdullah Kaur accompanied the crew during the filming.

Captain Hj Suhaini and First Officer, Muhammad Zainul Abidin Hj Abdul Hisab were interviewed on 22 June at Flight Operations section.

During the interviews, the pilots were questioned about the skills required to become a pilot and outlined the tasks performed by pilots before and after a flight.

Captain Mohd Rijal bin Hj Kassim and First Officer Hj Hendra Faizal bin Mat Nor took part in the filming on 23 June at Brunei International Airport’s Movement Control Centre, onboard and outside a Boeing 767.


Pilots featured in children’s documentary series.
Berita, Julai 2007

Komponen terjemahan: Fasal 3

1. There was an increase of 20.7 per cent in bilateral trade volume between Brunei and China which stood at US$315 million last year.
2. This was stated by outgoing Ambassador of People’s Republic of China, Madame Yang Yanyi yesterday.
3. Major exports from China to Brunei include food, textile, construction materials and ICT products, whereas the major import from Brunei to China is crude oil.
4. Cooperation in the energy field constitutes the major pillar of cooperation between the two countries.
5. She also highlighted upcoming events to look forward to this year which will include exchange of visits and strengthening economic cooperation.
6. In April, the first China education exhibition will be held in Brunei while sometime in May and June, China will take part in a defence exhibition to be held in Brunei.
7. A Muslim delegation from Guangdong Province will visit Brunei and the Asean-China expo in Nanning will enter its fourth year, to be held in September.
8. Madame Yang Yanyi said the past two years have been marked by closer economic linkages between China and Brunei.
9. Mutually beneficial cooperation between both countries in such priority areas as trade, energy, communications, investment, tourism, agriculture, infrastructure development has been further enhanced.



1. Terdapat peningkatan sebanyak 20.7 peratus, iaitu pada kadar US$315 juta, dalam perdagangan dua hala antara Brunei dan China tahun lepas.
2. Perkara ini dinyatakan oleh Duta Besar Republik Rakyat China yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau, Puan Yang Terutama Yang Yanyi kelmarin.
3. Ekspot terbesar China kepada Brunei termasuk makanan, tekstil, bahan-bahan pembinaan dan produk-produk TMK, manakala ekspot utama Brunei kepada China ialah minyak mentah.
4. Kerjasama dalam bidang tenaga menjadi tunggak utama dalam kerjasama antara kedua-dua buah negara.
5. Beliau juga menyatakan bahawa antara acara-acara yang akan diungkayahkan pada tahun ini termasuk pertukaran lawatan dan pengukuhan kerjasama perdagangan.
6. Dalam bulan April, pameran pendidikan China yang julung kali akan diadakan di Brunei manakala dalam bulan Mei dan Jun, China akan mengambil bahagian dalam pameran pertahanan yang juga akan berlangsung di Brunei.
7. Sekumpulan delegasi penduduk Islam dari Wilayah Guangdong akan melawat Brunei dan ekspo Asean-China yang akan memasuki tahun keempatnya pula akan diadakan di Nanning pada bulan September.
8. Puan Yang Terutama Yang Yangyi menyatakan juga bahawa perhubungan antara China dan Brunei semakin rapat pada dua tahun kebelakangan ini.
9. Amnya, kerjasama yang membawakan manfaat antara kedua-dua buah negara dalam bidang-bidang utama seperti perdagangan, tenaga, perhubungan, pelaburan, pelancongan, pertanian, pembangunan prasarana telah semakin dipertingkat.