Saturday, September 1, 2007

Keputusan undian

Jelas, ramai pelajar mengundi untuk kita mengadakan lawatan ke Kristal FM. Saya sudah berunding dengan Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan kita akan mengadakan lawatan ke Kristal FM. Tolong beritahu saya, melalui butang komen jika awda tidak ada halangan kalau lawatan ini kita adakan dalam bulan Ramadhan ini. Walau bagaimanapun, hal ini tertakluk pada keputusan pihak Pengetua.

:)

Terima kasih kepada pelajar yang mengundi.

Di Sini dan di sana

Di sini dan di sana

Oleh RJ

31 Ogos 2007

Di sini
gembira dan kekenyangan
mana rasa syukurnya
Di sana
berduka dan kelaparan
kuatkanlah semangatmu.

Kupandang kanan orang bersuka
kupandang kiri orang bertelanjangan
mana akal fikirannya
mana rasa malunya
akan dosanya
kepada Tuhan.

+++

Pelajar-pelajar:

Apakah yang ingin disampaikan oleh penulis melalui sajak ini? Bincangkan.