Saturday, September 1, 2007

Di Sini dan di sana

Di sini dan di sana

Oleh RJ

31 Ogos 2007

Di sini
gembira dan kekenyangan
mana rasa syukurnya
Di sana
berduka dan kelaparan
kuatkanlah semangatmu.

Kupandang kanan orang bersuka
kupandang kiri orang bertelanjangan
mana akal fikirannya
mana rasa malunya
akan dosanya
kepada Tuhan.

+++

Pelajar-pelajar:

Apakah yang ingin disampaikan oleh penulis melalui sajak ini? Bincangkan.

6 comments:

Daus@set 2 said...

Penyajak ingin menyampaikan tentang keadaan masyarakat sekarang yang suka berseronok sahaja sedangkan ada sebilangan manusia yang hidup susah tanpa dihiraukan oleh sesiapa.

Penyajak juga menyampaikan tentang sifat manusia yang tidak memberi perhatian langsung kepada orang yang memerlukan bantuan.

Bagaimanakah pandangan cikgu mengenai pendapat saya ini?

Adi Set_2 said...

Pada pendapat saya, penyajak ini ingin menyampaikan tentang masyarakat sekarang yang telah terpengaruh dengan budaya barat dan sifat manusia yang kadangkala di bawah dan kadangkala di atas.

wandy said...

Sma dengan Pendapat daus@set2, penyajak ingin memberitahu kita mengenai zaman sekarang yang bersikap pentingkan diri sendiri,tidak mahu menghiraukan orang lain.

sifat-sifat kemanusiaan semakin terhakis dalam jiwa manusia.Sekarang sifat mengabaikan orang semakin menjadi-jadi.

BuNaL_271 said...

Rangkap 1 :
Di sini gembira dan kekeyangan mana rasa syukurnya bermaksud orang yang dilimpahi kemewahan hidup kerana sentiasa gembira perut sentiasa kenyang tetapi mereka tidak pernah bersyukur.

Di sana berduka dan kelaparan kuatkanlah semangatmu pula bermaksud menenai orang yang sentisa dalam keadaan sedih dan duka kerana kelaparan. Hanya semagat yang kuat menjadi sandaran mereka unuk terus hidup.

Rangkap 2 :
Penyajak menyampaikan bahawa sudah ramai umat islam yang kehilangan akal untuk berfikir dan rasa malu serta lupa akan hukum agama kerana di kiri kanan dia melihat mereka sentiasa berseronok dengan duniawi dan pakaian pula tidak menutup aurat seakan-akan bogel.

BuNaL_271 said...

PEMBETULAN:
1. Kekenyangan
2. Mengenai
3. Sentiasa
4. Semangat


Maaf saya lupa hendak menyemak ejaan perkataan saya. Harap maaf.

Anonymous said...

Didalam memberi makna yang tersirat didalam sajak seperti yang kita ketahui adalah tidak ada yang salah asalkan makna yang dikeutarakan tidak menyimpang jauh kepada makna yang lain dari isi yang telah dibuat.Kemungkinan besar penyajak membuat sajak itu kerana dia ingin menyedarkan maknusia yang mampu untuk tidak melupakan atau mengendahkan orang yang didalam kesusahan,semua rezeki yang datang semuanya daripada Allah,Allah maha kuasa,Ia berkuasa samaada untuk menarik balik kemewahan yang kita miliki ataupun menjadikan orang yang susah tersebut menjadi orang yang senang,didalam hal ini,kita patut perbanyakkan bersedekah ataupun menolong golongan yang kurang mampu ini,janganlah melupakan golongan seperti mereka,meraka amat memerlukan bantuan daripada orang yang mampu seperti kita semua. Sesuatu yang mungkin terjadi tidak boleh diramal, tanpa diduga dan tidak pernah terlintas difikiran kita kemungkinan kemewahan yang kita kecapi sekarang mungkin hilang dimasa akan datang dan sesudah itu mungkin kita yang memerlukan bantuan dan jika kita pernah membantu orang yang didalam keadaan susah, Allah yang maha adil dan berkuasa mungkin akan membukakan hati orang untuk membantu kita.

Rangkap kedua juga mungkin penyajak ingin menerangkan bahawa ramai orang sudah lupa dengan kemewahan dan kecanggihan yang sudah tumbuh membiak dimuka bumi ini, mereka hanyut didalam dunia fantasi yang mengejar kemewahan,mereka mengejar keseronokkan dunia,mereka mengejar sesuatu yang memuaskan nafsu mereka tanpa mengira batas yang terdapat didalam agama. Agama tidak melarang kita didalam mengejar kemewahan tetapi kita sebagai umat islam hendaklah mengetahui akan batas yang dibataskan agama. Tidak dapat dinafikan lagi zaman sekarang sudah mementingkan keseronokan dunia dan mengejar sesuatu yang memuaskan nafsu, ramai orang zaman sekarang sudah lupa akan batas-batas sebagai umat islam, mereka tidak memikirkan akan hukum Allah yang akan dikenakan kepada mereka kelak,merekan tidak berfikiran panjang dengan kesan yang mungkin mereka hadapi daripada perbuatan mereka, mereka hanya mementingkan keseronokan yang mereka rasai untuk ketika itu sahaja tetapi beban,dosa ataupun balasan yang mereka akan hadapi mereka langsung tidak pernah memikirkan tetapi mungkin ada yang tahu akan akibatnya tetapi mereka cuma tidak mengendahkannya. Jelas disini penyajak ingin melihatkan kepada semua bahawa ramai orang sudah terpesong pada zaman ini.





Disini saya ingin menyimpulkan makna tersirat yang saya dapat tengok ataupun kaji.Penyajak meluahkan rasanya melalui sajaknya untuk memberitahu tentang dua golongan yang senang dan susah,golongan senang banyak yang melupakan akan golongan yang susah yang memerlukan pertolongan.Penyajak juga memberitahu golongan susah ini supaya akan sentiasa cekal dan bersemangat didalam menempuhi hidup mereka kerana semua ini adalah ujian Allah. Penyajak juga telah memberitahu hasil daripada pertumbuhan keseronokkan yang terhasil didunia ini sudah ramai disalah gunakan oleh maknusia sehingga lupa akan batas-batas agama yang mana boleh menyesatkan kita sebagai penganut ugama yag suci iaitu agama Islam




AAM set-3