Monday, July 23, 2007

Pembentangan Projek Blog 9186

Seperti yang dicadangkan oleh Zirah_Set2, berikut saya sampaikan pendapat dan pandangan saya mengenai pembentangan yang dibuat pelajar pada Khamis dan pagi tadi.

Khamis, Set 6.

Ada sembilan kumpulan pelajar yang membentangkan tajuk esei mereka. Maafkan saya kerana saya tidak mencatat isu-isu yang pelajar kemukakan. Hal ini menyebabkan saya lupa beberapa isu yang pelajar bincangkan. Namun, antara isu yang dipilih:

  1. Pengangguran.
  2. Sambutan perayaan Hari Puja Usia.
  3. Masa hadapan kerjaya sebagai ahli sukan profesional.
  4. Isu pekerja asing di Brunei Darussalam.
  5. Pemanasan global.
  6. Pelajar PTEB dan rokok.

Isnin, Set 2.

Tidak semua pelajar sempat membentang. Antara isu yang sempat dibincangkan ialah:

  1. Isu remaja lepak di kafe siber.
  2. Gejala remaja dari rumah sudah meningkat.
  3. Kemalangan jalan raya: Sebab dan akibat.

Isnin, Set 3.

Tidak semua pelajar sempat membentang. Antara isu yang sempat dibincangkan ialah:

  1. Pelajar dan komik.
  2. Penggunaan internet di kalangan pelajar.
  3. Remaja dan sosialisasi di luar waktu sekolah.
  4. Homoseksual.
  5. Hubungan di antara MP dan bukan MP.

Saya yakin ada isu yang dibincangkan tidak saya paparkan di sini. Saya harap, semua kumpulan menuliskan tajuk tugasan mereka di sini melalui kemudahan komen (walaupun isu yang awda tulis sudah saya sebutkan di atas). Tajuk yang awda tulis di sini haruslah lengkap.

Contohnya:

Kerjaya dalam pasukan beruniform: adakah ia sekadar biasaan melepas batok di tangga?

Pendapat saya:

Pelajar, kebanyakannya masih malu untuk menggunakan kesempatan berbincang dan bertukar-tukar pendapat yang diberikan. Hanya beberapa pelajar Set 6 sahaja yang berani mengemukakan pendapat mereka. Set lain? Apa sudah jadi? Harapan saya agar perkara ini tidak terjadi dalam kuliah seterusnya.

Saya pernah mengatakan (dalam salah satu set yang saya ajar) bahawa "Pelajar yang bertanya atau mengemukakan pendapat adalah pelajar yang berfikir dan memproses apa yang didengarnya". Sejujurnya, saya suka mengajar pelajar yang aktif dan bertindak balas positif dengan guru dan rakan-rakan lain; bukannya yang aktif bercerita semasa kuliah berlangsung dan sebagainya.

Seterusnya, pandangan saya mengenai aktiviti berkongsi pendapat ini: sama seperti projek blog, belum mencapai matlamat yang kita sendiri mahukan. Penyertaan aktif pelajar amatlah penting agar pengajaran dan pembelajaran.

Akhir kata, jangan lupa tugasan awda. :)

17 comments:

Elisa (Italia) said...

Ciao
volevo farti i complimenti hai un sito bellissimo un abbraccio dall'Italia
Elisa


Congratulations on a beautiful website
Loved everything on your site and you did a magnificent job. You should be proud of yourself

Anonymous said...

cikgu bila pembentangan seterusnya?
untuk pelajar-pelajar set2?

Anonymous said...

ZiRaH_Hz & Nurul Nazirah SET2...
topik Pembentangan kami adalah seperti yang telah di paparkan oleh cikgu Aliamat.Iaitu melepak di Kafe Siber dan Remaja Lari Dari Rumah..penuntut set 2,3&6 pada pendapat kamu topik mana yang menarik untuk di bincangkan dengan lebih jelas lagi...
Terima kasih

zierra_set3 said...

tajuk pembentangan saya adlah bertajuk KARATAE DO. saya akan memebentangkan tentang sejarah nya, tentang teknik pergerakan dan sebagai nya...


Nurul Izyan Anver ( set 3, blok 4)

Majidah dan Rafiah (BM Set 2) said...

Setujukah anda tentang Bahasa Melayu pada masa sekarang tercemar.

Rusydiah set 2 said...

kami memilih tajuk keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Tapi kami belum menentukan apa persoalannya dan dari sudut mana.

Daus, Hazim n Hadi (set 2) said...

tajuk yang akan kami(Azim, Hadi n Daus) bincangkan ialah mengenai "kebakaran rumah punca siapa?" dalam kajian kami statistic menunjukkan 80% adalah disebabkan kecuaian pembantu rumah; dan 20% adalah disebabkan oleh lintar pintas.. kami akan terus melakukan kajian untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat lagi.

Rusydiah (Rabiatul,Asiah &Rusydiah) said...

kami ada tiga tajuknya iaitu;(1)'Kenapa adanya Bahasa rojak(bahasa Melayu campur bahasa Inggeris) menjadi bahasa komunikasi bangsa Melayu masa sekarang',(2)Adakah budaya tradisi orang Melayu akan hilang di telan zaman?' dan (3)Kenapa Banyaknya keruntuhan akhlak di kalangan remaja'. Kumpulan kami belum lagi menentukan yang mana lebih sesuai, jadi berikanlah pandangan mengenai tajuk yang kami cadangkan diatas.

Terima kasih

Rusydiah said...

Minta maaf ada terlupa Rabiatul,Asiah dan Rusydiah Dari set 2.

Rusydiah set 2 said...

Saya ada idea baru lagi. Tajuknya ialah 'Tulisan Jawi dilupakan selepas habis sekolah ugama'

Rusydiah (Rabiatul,Asiah dan Rusydiah) set2 said...

Besar kemungkinan jika mendapat persetujuan dari kumpulan saya, saya akan memilih tajuk 'Tulisan Jawi dilupakan selepas tamat sekolah ugama'. Kami akan berbincang lagi.

Terima kasih

majidah(set 2) said...

cigu, selain daripada sms, mediamassa dan pertuturan seharian, apa lagi punca lain yang menyebabkan bahasa melayu itu tercemar? boleh cikgu tolong beri pendapat.

Rusydiah set2(Rabiatul,Asiah dan Rusydiah) said...

Dengan muktamatnya dari kata sepakat kami, kami memilih tsjuk 'Tulisan Jawi dilupakan selepas tamat sekolah ugama'.

Daus@set 2 said...

kebakaran rumah: salah siapa?
kebakaran hutan pula?

mezah17 set3 said...

Nurul Hamizah, Siti Nurzaidah, Amal Afiqah Set 3

Kami akan membentangkan topik homoseksual. Kami sudah mula membuat kertas soalan kaji selidik yang akan diberikan kepada semua penuntut-penuntut Bahasa Melayu Enam Bawah, kawan-kawan rapat kami dan keluarga. Kertas kaji selidik itu tidak memerlukan anda untuk menulis nama anda, hanya jantina dan peringkat umur anda yang diperlukan. Diharap, anda semua akan berkerjasama. Terima kasih

We LOVE Brunei!!

hazie Set 2 said...

saya dan syuhaidah akan membentangkan tajuk 'masalah poercintaan di sekolah semakin berleluasa. Bincangkan.' saya ingin meminta pendapat tentang percintaan di sekolah. Terima kasih.

Adibah Set 6 said...

Adibah, Hayana dan Warhidayah dari set 6 akan membentangkan satu tajuk mngenai:

"Sejauh manakah pembangunan negara boleh membawa kepada kemusnahan alam sekitar?"