Wednesday, July 25, 2007

Sehari sepatah kata

Sehari sepatah kata kita kembali lagi hari ini. Berikut diperturun beberapa kata yang jadi kemusykilan beberapa pelajar pada sesi kuliah pagi tadi.

teroka; meneroka
1. membuka kawasan baharu untuk dijadikan kampung,
2. (kiasan) menyelidiki (untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi), menjelajah,
3. = menerokai menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan yang baharu).

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:1435)

potensi (poténsi)
kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju dan sebagainya.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:1053)

11 comments:

ZiRaH-Hz said...

assalamualaikum cikgu...
perkataan menjelajah boleh di gunakan untuk ayat bagi "menjelajah ke luar negeri?"
kalau meneroka?

BuNaL_271 said...

kalau meneroka? meneroka gunung berapi!

Menjana maksudnya menghasilkan.

9186/01 said...

Terima kasih. Semak segmen sehari sepatah kata hari ini. :)

Rusydiah set 2 said...

Cikgu pernah memberitahu perbezaan antara 'baharu' dengan 'baru'. Tapi apa pula perbezaan antara 'dahulu' dengan 'dulu'?

Rusydiah set 2 said...

Adakah perkataan 'senghaja' ada dalam kamus. Jika ada apa perbezaan antara 'sengaja' dengan 'senghaja'?

asiah,set2 said...

Cikgu,apa maksud sikap bertolenrasi dan dinamik?

asiah said...

adakah ungka sejenis burung?

Anonymous said...

ZiRaH_HZ Set2

ungka?
dari novel saga?
pengetahuan saya ungka adalah sejenis burung yang terdapat di dalam hutan belantara...
yang mana jika ia berbunyi menandakan sesuatu yang buruk akan terjadi..seperti yang di terangkan oleh cikgu sinah...
cikgu aliamat adakah saya betul? atau sebaliknya?

Rusydiah set2 said...

Apa dia perbezaan antara 'saja' dengan'sahaja'?

Daus@set 2 said...

assalamualaikum cikgu, boleh kah cikgu menerangkan perbezaan di antara "potensi" dengan "bakat" serta memberikan contoh-contohnya?

9186/01 said...

Terima kasih atas soalan-soalan yang diberikan. Saya sarankan kamu, ketika PS, pergi ke perpustakaan dan rujuk kamus (terutama sekali: Kamus Dewan dan Kamus Bahasa Melayu Nusantara). Kemudian kongsikannya di sini (emelkannya kepada saya). :)