Monday, August 13, 2007

Sehari sepatah kata #11

Hari ini, saya kenalkan awda dengan perkataan 'nepotisme'.


nepotisme (sebutannya népotisme)
perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:926)

Tugasan awda:
Beri contoh ayat yang menggunakan perkataan 'nepotisme' (jika awda mampu, masukkan juga perkataan yang saya ajarkan kepada kamu dalam SSK 10) dan tuliskan pendapat kamu tentang amalan nepotisme ini (adakah ia buruk atau baik).

Contoh ayat:
Abu optimis dapat bekerja di jabatan itu kerana ayahnya, seorang pegawai yang berpengaruh di sana, terkenal dengan amalan nepotismenya.

24 comments:

arifin set 3 said...

nepotism
memilih sanak saudara untuk mengisi satu jawatan.

MaGdah B17(SET 2) said...

Contoh ayat:
Pada zaman sekarang, kebanyakan menteri bersikap nepotisme apabila mengambil pekerja. Ini adalah perbuatan yang tidak adil dan hipokrit. Para penganggur yang optimis akan menjadi pesimistik disebabkan perkara ini. Pihak yang lebih berkuasa atau kerajaan perlu mengambil langkah proaktif tentang perkara ini.

Pendapat:
Sikap nepotisme boleh menjadi buruk dan baik. Ia bergantung pada tempatnya. Jika ia melibat pemilihan umum seperti mencari pekerja dan sebagainya, sikap ini adalah buruk. Tetapi sikap ini boleh berubah baik seperti mendapat banyak jemputan kahwin, maka diutamakan sikap nepotisme ini.

arifin set 3 said...

saya berpendapat bahawa perkara ini tidak baik kerana jika orang lain yang lebih berkelayakan tidak mendapat sesuatu jawatan tersebut
adalah sesuatu yang tidak adil.

Anonymous said...

ZiRaH_Hz*SET2*

Contoh ayat:
Kebanyakkan MP di sekolah kami pada masa kini bersikap nepotisme terhadap penuntut-penuntut
lain

zahirah-set 6 said...

Pada pendapat saya, amalan nepotisme mungkin sepenuhnya tergolong dalam amalan yang buruk, kerana dalam hal ini, memang ketara sekali orang yang bersikap seperti itu menampakkan diri mereka seorang yang bersifat mementingkan seseorang yang begitu rapat dengannya tanpa menghiraukan perasaan orang lain.

Apa tidaknya, jika perkara ini berlaku sememangnya boleh menimbulkan ketidakpuasan bagi semua orang. kesimpulannya, hal ini menampakkan perbuatan yang tidak jujur dan tidak adil dalam sesuatu perkara.

niq set 2 said...

Sifat nepotisme sama erti dengan berat sebelah atau tidak adilan.

contoh ayat:
Pegawai itu bersifat nepotisme terhadap orang bawahannya.

'Abdurrasyied set 3 said...

Contoh ayat:

Pengarah tersebut telah dipecat kerana bersifat nepotisme dan selalu menyingkir calon-calon yang lebih layak daripada saudara-maranya. Pekerja-pekerja syarikat itu mula bersikap optimis kerana cita-cita mereka untuk membangun sebuah syarikat yang proaktif akan tercapai.

Pendapat:

Saya berpendapat yang sikap nepotisme adalah suatu sikap yang buruk kerana badan atau syarikat tersebut akan terjejas dari segi produktiviti. Penyebabnya adalah hanya kerana terlalu kasihkan saudara-mara ataupun sahabat-sahabat yang tidak layak untuk mengambil jawatan tersebut.

Anonymous said...

ZIRAH HZ*set2*

Pendapat saya sikap nepotisme ini kadang-kala boleh membawa kepada kebaikan dan keburukkan tetapi ianya adalaha lebih baik jika tidak kita amalkan.

cHoY_set 2 said...

Saya merasa empati terhadap Hasrin kerana dia tidak diterima kerja oleh ketua bahagian pemasaran itu kerana ketua itu bersifat nepotisme.

rafiah set 2 said...

Sifat nepotisme selalu terjadi kepada Herman kerana beliau adalah seorang ketua dalam sektor swasta yang mana beliau selalu mengambil perkerja dari kalangan keluarga ataupun sahabat handainya sendiri walaupun dia tahu mereka tidak mempunyai kelayakan dalam pekerjaan tersebut.

Pada pendapat saya, perkara ini adalah tidak wajar kerana sikap nepotisme ini seolah-olah menindas pekerja yang mempunyai kelayakan dalam bidang tersebut.

cHoY_set 2 said...

Pendapat saya amalan nepotisme ini adalah amalan yang buruk kerana ia dapat menimbulkan kemarahan orang dan ia adalah tidak adil. Orang yang bersifat nepotisme ini hanya mementingkan kaum keluarganya serta kawan-kawannya sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Daus@set 2 said...

Contohnya:
nepotisme
-Daus memang sudah dikenali dengan sifat nepotisme oleh rakan-rakannya.

Pendapat saya:
Amalan nepotisme ini adalah tidak baik kerana terlalu mementingkan kawan dari diri sendiri boleh merendahkan martabat seseorang.

Saiful set 3 said...

Nepotisme:
Kawan-kawannya mengatakan dia seorang yang nepotisme kerana dia selalu membantu mereka dahulu sebelum memberikan pertolongan kepada orang lain.

Pendapat saya ialah ia amalan yang buruk kerana perbuatan itu akan menyebabkan masalah seperti contoh yang cikgu berikan Abu pasti mendapat kerja itu tetapi jika ada yang lebih berkelayakkan dari Abu maka ia adalah sesuatu yang tidak baik.

9186/01 said...

Zirah_HZ:

Nepotisme di kalangan MP ialah satu contoh yang paling dekat. Jika boleh berikan satu contoh nyata kenapa MP di sini mengamalkan sikap nepotisme.

Betulkan ejaan:
"kebanyakkan" dan "keburukkan"

9186/01 said...

Saiful:

Ejaan mana yang betul:

"berkelayakkan" atau "berkelayakan"?

Saiful set 3 said...

Berkelayakan adalah ejaan yang betul cikgu.

Saiful set 3 said...

Berkelayakan adalah ejaan yang betul cikgu.

Jee(set3) said...

Berkelayakan adalah ejaan yang betul.

@inul - set 6 said...

Pada pendapat saya, nepotism adalah sikap yang buruk kerana ia sama dengan berat sebelah dan hanya mementingkan keluarga sendiri saja.

9186/01 said...

nepotism - ejaannya dalam bahasa Inggeris.

nepotisme - ejaannya dalam bahasa Melayu.

Adi >>Set_2 said...

Bagi pendapat saya perbuatan nipotisme hanya memberi kebaikan atau keuntungan bagi sanak-saudara atau rakan-rakan terdekat sahaja disamping pekerja yang bukan dari kalangan sanak-saudara atau rakan-rakan ia hanya memberi kekecewaan kepada mereka kerana tidak mendapat pekerjaan.

Anonymous said...

hayana set6: Pada pendapat saya, sikap nepotisme, mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Ia buruk kerana dapat katogerikan sebagai satu sifat yang mementingkan diri sendiri.Manakala, kebaikannya pula ialah,dalam perkara-perkara yang tertentu seperti bila hanya ada satu peluang lagi dapat diraih.(hendaklah dengan cara yang bersih. bukan dengan menjatuhkan orang lain).

Rusydiah set2 said...

Radhi bertambah hipokrit sejak dia dinaikan pangkat menjadi pengurus oleh ayahnya,seorang bekas pengurus di syarikat itu yang mengamalkan sikap nepotisme.

Rusydiah set2 said...

Pada pendapat saya, sikap nepotisme seharusnya diamalkan pada masa yang tertentu. Jika dalam pertandingan atau pengambilan pekerja,sikap ini tidak patut diamalkan.Tetapi jika sanak-saudara atau kawan-kawan kita dalam kesusahan,kita patut pentingkan mereka dan bantu mereka bersesuaian dengan kemampuan kita.