Tuesday, July 10, 2007

Entri: Diterangkan

Saya telah merekod sebanyak 91 kemasukan atau lawatan ke laman blog (hits) kelmarin (seorang daripadanya dari Jerman!) dan mendapati dua pelajar sudah meninggalkan tanda ingatan di CBox yang disediakan. Untuk usaha itu, saya rakamkan pantun berikut:

Bunga selasih, Daun keladi; Terima kasih, Hari ini lagi!! :)

Namun belum ada yang berani meninggalkan komen mereka (dalam erti kata lain: belum ada yang membuat tugasan yang diberikan). Berikut adalah penerangan tentang entri dan bagaimana awda boleh ikut serta dalam komuniti atas talian ini.


Setelah awda mengklik 'Comments', ini akan terpapar:


Petua (tips) untuk menulis komen:
  1. Baca dengan teliti bahan yang hendak dikomen.
  2. Komen awda boleh saja buah fikiran awda. Namun (adalah lebih baik jika) awda boleh juga menambah komen dengan membuat rujukan di buku-buku, majalah-majalah atau laman-laman web lain (baik yang berbahasa Melayu mahupun Inggeris) mengenai sesuatu perkara yang dijadikan perbincangan.
  3. Contohnya:
    • "Pada pendapat saya...."
    • "Saya mendapati, iaitu hasil bacaan saya di majalah Utopia..."
    • "Saya suka dan bersetuju dengan pendapat kamu namun buku A menerangkan fakta sebaliknya..."
    • "Saya tidak bersetuju dengan pendapat kamu keranaKhutbah Jumaat minggu lalu menegaskan yang..."
Memberi komen atau mengulas adalah sesuatu yang menyeronokkan jika kita bersedia untuk membaca komen orang lain terhadap komen awda. Pastikan awda tidak 'emosi' jika ada rakan yang membantah pendapat awda. Awda boleh menerima atau membalas balik komen yang diberikan. Namun, awda saya nasihatkan untuk membuat rujukan (dari sumber yang boleh dipercayai) sebelum mengulas agar komen atau ulasan awda tampak profesional.

Selamat mencuba!

No comments: