Monday, July 9, 2007

Cadangan Pelajar

Pada entri pertama, saya telah mencadangkan agar Blog 9186 ini mempunyai beberapa segmen, iaitu:
  1. Sehari serangkai frasa / Sehari sepatah kata.
  2. Peribahasa minggu ini.
  3. Bahasa Dalam dan Terasul (Brunei).
  4. Isu bahasa.
  5. Berita semasa.
  6. Kerja rumah.
  7. Photoblogging.

Sekarang, pelajar diminta memberikan nama baharu kepada segmen-segmen tadi: nama baharu tersebut biarlah menarik. Pelajar juga diminta untuk mencadangkan (yang disertakan penerangan) satu atau lebih segmen lain.

Selamat mencuba.

5 comments:

BuNaL_271 said...

Kalau masukkan segman berpantun boleh? Zaman sekarang generasi baru kita tidak berapa mahir dalam pantun termasuk saya sendiri. Mungkin melalui blog ini boleh memperbaiki dalam penggunaan bahasa dalam pantun.

@inul,Set 6 said...

Akum,cikgu saya ingin mencadangkan segman tentang isu-isu hangat dalam dan luar negeri. sebagai contoh keruntuhan moral,peperangan dan sebagainya untuk menambahkan pengetahuan para pelajar disamping menambahkan idea untuk membuat karangan....:)

9186/01 said...

bunal_271
Terima kasih atas cadangannya. Saya akan usahakan ide tersebut dalam masa terdekat. Bagaimana dengan segmen bersajak?

@inul,set 6
Terima kasih. Cadangan yang baik. Untuk niat itu, saya akan gunakan khidmat rss feeds. Walau bagaimanapun, entri tentang saman RM50,000 adalah salah satu isu semasa yang sedang diperkatakan sekarang (fitnah melalui blog).

Walau bagaimanapun, jika awda terjumpa isu-isu hangat dari satu artikel, buat ulasan (atau ringkasan) dan emelkannya kepada saya (ikut contoh 'saman blog').

Pelajar lain?

BuNaL_271 said...

sajakkah? Not good in sajak! hehehe on the way kan ngambil power sajak! ahakz

Adibah Set 6 said...

Saya tiada cadangan untuk memberikan nama baharu kepada segmen-segmen ini. Tetapi saya ingin mencadangkan supaya diadakan kata-kata penaik semangat bagi para pelajar khususnya kerana 'self-esteem' mereka selalu berubah-ubah. =)