Saturday, August 4, 2007

www.truckandbarter.com

Awda masih ingat Kevin Brancato? Kita sudah belajar mengenai pemblog ini yang mengakui kualiti penulisannya bertambah baik atas usaha beliau mengendali sebuah laman blog: http://www.truckandbarter.com/

Berita baik!
Saya telah menghubungi beliau. Awda ingin tahu apa yang beliau katakan tentang kita? Layarilah laman ini:


Kevin,
Thanks for the posting.
With warm regards,
Ali (and the students)
Brunei Darussalam

11 comments:

Anonymous said...

ZiRaHhz *SET2*

Cikgu, saya berasa semakin yakin dengan adanya blog boleh memperbaiki lagi teknik penulisan kita...seperti yang telah di katakan oleh Kevin Brancato dan tindak balas yang beliau berikan terhadap Cikgu

Rusydiah set 2 said...

Melalui blog yang cikgu adakan, cikgu boleh menegur kami jika kami ada kesalahan tatabahasa terutama sekali dalam karangan. Teruskan usaha cikgu.

Betulkah penggunaan tatabahasa saya ini?

choy_set 2 said...

saya juga bersetuju dengan Zirah kerana melalui blog ini saya merasa yakin dan ingin berusaha untuk memperbaiki teknik penulisan saya..terima kasih cikgu..doakan kami semua untuk memperolehi keputusan yang cemerlang..Amin!!!

niq set 2 said...

kita boleh memperbaiki teknik penulisan dengan adanya blog ini dengan tidak secara langsung.

Cgu Ali said...

Terima kasih :)

ZirahHZ:
dikatakan (bukan di katakan)
choy:
membaiki (bukannya memperbaiki)
memperoleh (bukannya memperolehi)

Semua:
Kualiti penulisan awda akan lebih baik jika awda rajin menulis (dengan cara menghantar hasil tulisan untuk entri blog ini atau membuka laman blog sendiri)

One-E(set2) said...

Saya juga berharap semoga blog ini dapat membantu teknik penulisan kami sebagai pelajar..Bukan itu sahaja,dari blog ini saya dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan yang tidak saya ketahui sebelum ini.Misalnya dengan adanya sehari sepatah kata..Terima kasih cikgu kerana membantu kami.

9186/01 said...

Choy:

berasa (bukan merasa)

One-e:
"terima kasih cikgu kerana cikgu membantu kami" (bukannya ...kerana membantu kami).

:)

MaGdah B17(SET 2) said...

Kevin Bracanto membuktikan blog boleh memberi kesan pada hasil penulisan seseorang yangmana boleh memperbaiki atau meningkatkan mutu penulisan seseorang. Perkara ini memberikan saya keyakinan dan semangat untuk terus menyertai blog ini.

rafiah set 2 said...

Saya merasa bertuah keran sekarang ini serba sedikait saya sudah tahu menggunakan blog. terima kasih Kevin Brancato:)

LIA_set6 said...

Saya percaya melalui blog, saya
dapat membaiki teknik penulisan dan membantu saya mencari sedikit sebanyak buah fikiran yang ada terdapat dalam setiap komen-komen yang diberikan oleh pelajar-pelajar yang menyertai blog ini.

9186/01 said...

Rafiah: Saya sudah tegur semua pelajar tentang penggunaan 'merasa' dan 'berasa' semasa dalam kelas kelmarin.

Saya harap kesalahan tatabahasa yang sudah saya terangkan dalam kuliah tidak lagi diulang. Kepada semua pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Dengarlah apa yang saya sampaikan semasa kuliah berlangsung. Insya Allah, jika kamu memberikan kerjasama, kamu juga yang akan berjaya belajar sesuatu yang betul.