Tuesday, July 31, 2007

Kata-kata hikmat, slogan dan yang sama jenis dengannya

Seperti yang dicadangkan oleh rakan saya, hari ini saya kenalkan kepada awda satu segmen baharu iaitu segmen yang akan memuatkan kata-kata hikmat atau slogan atau apa saja wacana ringkas yang boleh kita jadikan peringatan atau mungkin pedoman. Agar segmen ini lebih seronok dibaca dan dihargai oleh pelajar-pelajar, saya masukkan wacana tersebut ke dalam label kuning yang semakin lumrah kita lihat ditampalkan di cermin sebelah belakang kereta.


Apa yang saya harap, pada masa akan datang, wacana untuk segmen ini akan disumbangkan sendiri oleh para pelajar-pelajar PTEB saya.


Hari ini, sebagai pembuka segmen ini, saya sajikan awda dengan slogan berikut:


35 comments:

9186/01 said...

Pelajar-pelajar digesa untuk mencadangkan nama bagi segmen ini (selain dari menyumbangkan kata-kata hikmat atau slogan)

BuNaL_271 said...

hmmm kalau "Slogan Hikmat Pelajar" bolehkah cgu? hehe hanya cadangan!

Slogan ku : Bekerja keras untuk hari mendatang.

9186/01 said...

Boleh juga tetapi cuba awda huraikan maksudnya.

:)

Terima kasih

BuNaL_271 said...

kata-kata hikmat, slogan dan yang sama jenis dengannya.Starget mereka slogan hikmat pelajar maksudnya kata-kata hikmat atau perangsang pelajar untuk bekerja dengan lebih tekun atau cuba untuk mencapai target mereka.

Bekerja keras untuk hari mendatang merupakan ayat prinsip saya untuk mencapai target saya.

Rabiatul_set2 said...

cigu kalau slogan ku"bekerja keras mendatangkan faedah"

daus@set 2 said...

cikgu, kalau segmen membuat cerita pendek di adakan pasti akan lebih seronok lagi kan?

daus@set 2 said...

apa dia kata-kata hikmat itu? adakah ia perkataan yg memberi pengajaran?

9186/01 said...

Sebelum awda menyenaraikan slogan (atau kata-kata hikmat) hidup awda, pastikan awda menulis tentang maksud "Bahasa Jiwa Bangsa".

Terima kasih

9186/01 said...

Daus Set 2:
Bagaimana jika awda tolong rakan-rakan awda dengan mencari sendiri maksud "kata-kata hikmat" dan kemudian hantarkannya ke sini (melalui kemudahan komen).

Adakah awda setuju?

Terim kasih

MaGdah(SET 2) said...

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahasa atau pertuturan atau percakapan melambang identiti bangsa.

MaGdah(SET 2) said...

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahasa atau pertuturan atau percakapan melambang identiti bangsa.

Rusydiah set 2 said...

'Bahasa Jiwa Bangsa' bermaksud bahasa yang dipertuturkan oleh sesebuah bangsa itu menunjukkan atau melambangkan identiti sesebuah bangsa tersebut.

Anonymous said...

ZiRaH_Hz *SET2*

BAHASA JIWA BANGSA bermaksud sesatu bahasa itu melambangkan bangsa individu tersebut seperti BAHASA MELAYU BAHASA RASMI NEGARA...menunjukkan Bahasa Rasmi Negara Brunei Darssalam ialah Bahasa Melayu

Anonymous said...

ZiRaH Hz *SET2*


"Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita"

Rusydiah set 2 said...

kata-kata hikmat yang menjadi pendorong saya ialah 'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan'.Bermaksud, jika kita ada kemahuan untuk berjaya kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh, akan ada jalan menuju kejayaan. Cikgu saya dulu pernah berkata bahawa penuntut yang mendapat markah yang rendah,tidak akan ada peluang untuk lulus. Jadi saya rasa tercabar kerana dipandang rendah dan rasa ingin membuktikan kepada cikgu itu bahawa saya boleh. Jadi saya berusaha untuk membuktikan bahawa apa tanggapan cikgu itu salah. Akhirnya saya lulus dalm mata pelajaran itu.
Kata hikmah ini boleh mendorong seseorang itu melakukan sesuatu yang ingin dicapainya.

Choy_set 2 said...

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud setiap bahasa yang dipertuturkan oleh setiap masyarakat adalah menunjukkan identiti bangsa itu sendiri..

Choy_set 2 said...

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud setiap bahasa yang dipertuturkan oleh setiap masyarakat adalah menunjukkan identiti bangsa itu sendiri..

Choy_set 2 said...

cg minta maaf terpost 2 kali..saya banyak kata-kata hikmat di rumah boleh saya menyumbang dalam blog cg ini?

azri_L6_SET_2 said...

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahasa merupakan organ utama bagi sesebuah bangsa yang melambangkan identiti sebenar individu itu.

A.Rasyied set3 said...

"Bahasa Jiwa Bangsa" bermaksud imej sesuatu kaum atau bangsa terletak pada bahasa sesuatu bangsa itu. Sekiranya bahasa itu berunsurkan dengan unsur-unsur negatif, maka bangsa tersebut mungkin disalah anngap ataupun dianggap buruk sama sekali.

Contoh seperti Cikgu Ali memberi contoh ketika didalam kelas pagi tadi "Mak ada KAU duit?" dalam bahasa orang Tutong. Cikgu sendiri pun terkejut apabila mendengarnya.

Kesimpulannya cara kita berbahasa menunjukan bangsa kita.

niq set 2 said...

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud pertuturan yang di tuturkan melambangkan bangsa tersendiri.

saiful set 3 said...

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud melalui bahasa itulah kita kenal sesuatu bangsa.

Kata hikmat saya ialah saya 'malu bertanya sesat jalan'

9186/01 said...

Choy:
Emelkannya kepada saya.

A.Rasyied:
"Contoh seperti Cikgu Ali memberi contoh ketika didalam kelas pagi tadi "Mak ada KAU duit?" dalam bahasa orang Tutong. Cikgu sendiri pun terkejut apabila mendengarnya."

Saya tidak faham maksud kamu, tetapi apa yang saya maksudkan melalui contoh tersebut ialah, perkataan 'kau' tidak dianggap kurang sopan dalam bahasa/dialek lain (iaitu selain dialek Melayu Brunei) dan contoh tersebut sebenarnya bukan 'bahasa prang Tutong' tetapi dialek lain.

Adi Set_2 said...

Untuk slogan saya: 'Ikhlas Dalam Perjuangan'

Maksudnya kita patut berjuangan dengan hati atau niat yang ikhlas agar mendapat berkat dari Tuhan.

rafiah set 2 said...

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahasa yang kita gunakan sebagai petuturan kita dalam seharian ini adalah melambangkan bangsa ataupun identiti kita sendiri

Rajaei_set 6 said...

"Bahasa Jiwa Bangsa",bermaksud cara pertuturan setiap individu itu adalah menunjukan bangsanya sendiri.
Dan saya berikan satu slogan yang ada sedikit berkaitan,seperti "Bahasa Menunjukan Bangsa".

LIA_set6 said...

'Bahasa jiwa bangsa' bermaksud bahasa kita iaitu bahasa Melayu sudah menjadi seperti 'darah daging' kita yang tidak boleh diceraikan.Maksud saya di sini ialah kita orang Melayu lahir daripada bahasa kita yang sudah wujud beberapa tahun yang dahulu sebelum nenek moyang kita lahir.
Kita tidak akan dikenali sebagai bangsa Melayu jika bukan kerana bahasa kita sendiri.Contohnya,walaupun kita fasih atau pandai dalam berbahasa kedua kita iaitu bahasa Inggeris,kita masih juga menggunakan bahasa Melayu kita itu.

Dari ini,dapat diterangkan apa makna 'bahasa jiwa bangsa'.Kita tidak dapat lari dari bahasa kita sendiri,seperti bayang-bayang kita.

Syahirah_Set 6 said...

"Bahasa Jiwa Bangsa" ialah cara pertuturan atau percakapan setiap individu untuk melambangkan bangsa mereka sendiri. Seperti "Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara".

Slogan saya : 'Jangan Mudah Berputus Asa Dalam Perjuangan Yang Sebenar'.

Bolehkah cigku?

Ateeqah(Set6) said...

BAHASA JIWA BANGSA bermaksud bahasa yang di gunakan oleh setiap individu menggambarkan identiti sesebuah bangsa.

Anonymous said...

Pretty section of content. I simply stumbled upon your
website and in accession capital to say that I get actually loved account your weblog posts.
Anyway I'll be subscribing in your augment or even I success you access persistently rapidly.
Here is my homepage ... how to play piano

Anonymous said...

You really make it seem so easy with your presentation but I find
this matter to be actually something that I think I would never understand.
It seems too complicated and extremely broad for me.
I'm looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!
My web page > drum tobacco online

Anonymous said...

Woah! I'm really enjoying the template/theme of this website. It's simple, yet effective.

A lot of times it's difficult to get that "perfect balance" between usability and visual appeal. I must say you have done a fantastic job with this. Also, the blog loads very quick for me on Safari. Exceptional Blog!
My homepage : amphora tobacco

Anonymous said...

Piece of writing writing is also a excitement, if you be familiar with after that you can write
or else it is difficult to write.
My webpage > golden virginia tobacco

Anonymous said...

This is my first time visit at here and i am actually pleassant to read all at alone place.
Feel free to visit my web-site ... wohnungen alanya

Anonymous said...

Yes! Finally someone writes about antalya property.
My web site ; Feriebolig Tyrkia