Saturday, August 4, 2007

Keganasan di arena tempatan

Saya berasa malu dan sedih apabila kejadian buli warga emas berlaku di negara kita baru-baru ini. Hal ini tidak mustahil berlaku di dunia penuh kemodenan ini tapi agak rumit untuk saya dan beberapa rakan lain untuk menerima hakikat bahawa kejadian ini benar-benar berlaku, dan lebih perit lagi, ia berlaku di bumi Darussalam kita yang keamanan dan kemakmurannya kita banggakan.

Bincangkan di sini punca-punca keganasan kenapa perlakuan tersebut wujud di Brunei Darussalam, kemudian buat usul bagaimana mengelak kejadian ini daripada berulang kembali.

Pasangan Buli Warga Emas Ditahan 1
Pasangan Buli Warga Emas Ditahan 2


Terima kasih.

22 comments:

BuNaL_271 said...

wahhh kasihannya warga emas Darussalam!

hazie set 2 said...

kasihan jua. tapi, yg menghairankan kenapa mereka sanggup berbuat begitu kepada warga tua

A.RASYIED SET 3 said...

Yang paling menghairankan adalah apkah sebab yang kukuh sehingga mereka sanggup berbuat demikian. Bukankah mereka sepatutnya saling hormat menghormati antara sesama sendiri apatah lagi warga emas kita. Soalan saya apa hendak jadi kepada orang-orang kita? Adakah ianya disebabkan dengan pengaruh luar atau ibubapa yang tidak bertanggungjawab??!!!

Anonymous said...

ZIRAHHZ *SET2*

a.Rasyied SET3 saya sonkong dengan pendapat awda

Anonymous said...

ZiRaH Hz*SET2*

pada pendapat saya mungkin mereka merasakan golongan warga emas lemah dan sudah tidak berdaya untuk menghalang mereka daripada berbuat sedemikian...
Memang warga tua adalah golongan yang lemah dan ini adalah di sebabkan oleh usia mereka yang meningkat..tetapi kenapa mereka sanggup berbuat demikian?
MasyaAllah...
tidak sangka di negara kita rupa-ruoanya ada terdapat golongan yang tidak mempunyai hati yang murni sehingga sanggup berbuat perkara demikian.....

nazy_set 2 said...

ini mungkin disebabkan oleh kekurangan sifat sabar. mereka sepatutnya mengetahui bahawa dengan berbuat begitu mereka akan dicemuh oleh masyarakat.

niq set 2 said...

Sejujur-jujurnya saya tidak mengikuti berita ini.

Mengapakah orang muda sanggup berbuat demikian kepada warga tua?. Sepatutnya kita menghormati dan membantu warga tua semasa mereka susah.

Anak-anak seharusnya bertanggungjawab kedua ibu bapa yang sudah tua dan menjaga mereka dengan baik.Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab kepada orang tua.

Rusydiah set 2 said...

Apakah motif mereka memukul pasangan tua itu?Mana perginya sifat sabar seseorang itu?Sesungguhnya orang yang melakukan perkara yang sedemikian ialah orang yang tidak menggunakan akal sebelum melakukan perbuatan itu.Jadi, renungkanlah.

Cgu Ali said...

Saya bangga dengan keberanian kamu memberikan komen. :)

One-E(set2) said...

Salah satu daripada puncanya ialah kurangnya sifat sabar dan mementingkan diri sendiri....Sehingga hilang perikemanusiaan dan sanggup membuli warga emas yang sepatutnya dihormati...

Daus@set 2 said...

Punca sebenarnya pada pendapat saya ialah hilangnya akhlak atau peredaran masa dikalangan remaja-remaja sekarang.
Apa yang saya maksudkan disini ialah pergolakkan jiwa dikalangan remaja yang mana mereka merasakan bahawa mereka sudah meningkat dewasa dan boleh berbuat perkara dengan sesuka hati mereka saja..
Cadangan saya disini ialah remaja-remaja sekarang haruslah ditanamkan dengan pelajaran-pelajaran agama agar akidah dan iman mereka akan teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya luar..

cHoY_set 2 said...

Ya Allah..kenapakah golongan muda mudi sekarang ini mengabaikan rasa hormat mereka kepada warga emas?pada usia kita yang masih muda ini haruslah menghormati sesama sendiri serta orang yang lebih tua daripada kita.Kita seharusnya membantu warga emas walaupun tidak ada pertalian darah.

MaGdah B17(SET 2) said...

pada pendapat saya, antara punca-puncanya ialah mungkin kerana kurang didikan agama. seorang yang tahu akan hukum agama tidak akan berbuat perkara sedemikian.
Ditambah lagi orang muda pada zaman sekarang kurang kesabaran. juga mudah marah.
Punca lain mungkin kerana kurang pengetahuan meneganai adat Melayu kita.

cHoY_set 2 said...

pada pendapat saya tentang punca-punca terhadap kes tersebut ialah pengetahuan tentang agama sudah makin berkurangan atau rasa hormat kepada orang tua sudah hilang.

MaGdah B17(SET 2) said...

Saya pasti orang yang memukul itu akan terima pembalasannya

Anonymous said...

bowh!ayat saya salah..saya ingin membuat " pengetahuan agama semakin berkurangan." minta maaf cikgu salah buat.

cHoY_set 2 said...

magdah saya sokong pendapat awak.

Saiful set 3 said...

Punca kepada keganasan tersebut berlaku adalah kerana orang itu tidak mempunyai kesabaran dan mematui peraturan jalan raya dan juga tidak berfikiran waras berkemungkinan kerana memakan pil khayal hingga sanggup memukul warga emas.

Bagi mengelakkan kejadian ini berlaku lagi, saya ingin memberikan pendapat saya iaitu dengan memberatkan lagi hukuman bagi kesalahan ini supaya orang tidak akan berani melakukannya lagi dan juga pengawasan atau rondaan dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab bagi mengelakkan perkara ini terjadi di tempat yang selalu terjadinya perkara ini.

asiah,set2 said...

Hal ini memperingatkan kita supaya jangan menyakiti sesama manusia samaada mereka kanak-kanak mahupun warga emas.

Adi >>Set_2 said...

Mungkin suami isteri itu terlepas dari jemputan dan tidak ada kesempatan untuk menapau makanan di jemputan itu lalu mereka melakukan keganasan terhadap orang tua itu sebagai pembalasan.

Hayana Set6 said...

Ini berlaku, kerana ketandusan akhlak dan kurangnya iman di hati..

Ateeqah(Set6) said...

Pada pendapat saya, hal ini tidak sepatutnya terjadi di negara kita.

Kita telah dididik untuk menghormati dan menyayangi warga tua kerana mereka adalah orang-orang yang lemah dan tidak berupaya.

Nampaknya orang-orang kita kini lebih suka bertindak secara melulu tanpa berfikir akan akibat daripada perbuatan mereka.