Tuesday, July 31, 2007

Lagu kebangsaan kita: Bukan sekadar musik

Salah satu perkara yang unik di sekolah ini ialah penghormatan terhadap Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang dikumandangkan setiap pagi. Semua kakitangan (tenaga pengajar dan bukan tenaga pengajar) beserta pelajar-pelajarnya akan berdiri tegak dan tidak dinafikan, ada di antaranya yang menyanyikan lagu tersebut; walaupun tidak nyaring.


Menurut memorandum dari Puan Pengetua yang bertarikh 11 Mac 2006 dan memorandum susulan dari Pemangku Pengarah di Jabatan Sekolah-Sekolah (Bahagian Menengah) bertarikh 15 Mei 2006, hal ini timbul atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa lawatan baginda yang tidak berjadual ke sekolah ini pada 9 Mac 2006.

Sebenarnya, lagu kebangsaan kita ini, jika kita teliti susunan seni katanya, adalah berupakan sebuah doa. Cuba baca dan fikir-fikirkan.

Allah Peliharakan Sultan
Musik oleh: Haji Awang Besar Sagap
Seni kata oleh: Yura Halim
Jika diteliti dengan lebih rinci, doa yang saya maksudkan adalah seperti berikut:



Jelas, ketika menyanyikan lagu ini, kita sebenarnya merapakkan kesyukuran kita kerana negara kita ditadbir oleh raja yang adil dan baginda, tanpa disangkal, memimpin kita hingga kita bahagia. Melalui lagu ini juga, kita sebenarnya berdoa kepada Allah Ta'ala agar raja, rakyat dan negara kita berada dalam keadaan aman dan sentosa, keadaan yang kita nikmati sekarang dan keadaan yang hanya mampu diimpikan oleh rakyat sesetengah negara lain.

Dari hal yang demikian, ketika menyanyikan lagu kebangsaan, nyanyikanlah ia dengan penuh semangat dan rasa syukur. Hormatilah, hayatilah dan aminkanlah lagu kebangsaan kita kerana ia bukan sekadar musik.

Tahukah awda?

  1. Nama sebenar Awang Besar bin Sagap ialah Yang Mulia Pengiran Ibrahim bin Pengiran Sagap.
  2. Nama sebenar Yura Halim ialah Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim.
  3. Secara rasminya lagu 'Allah Peliharakan Sultan' dipakai (dan menjadi lagu kebangsaan Brunei) ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saiffudien Sa'adul Khairi Waddien ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam pada tahun 1951.
  4. Secara tidak rasminya, lagu ini mula dikumandangkan ketika Almarhum Sultan Haji Ahmad Tajuddin ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam bercemar duli untuk berangkat ke majlis pengibaran bendera negara pada tahun 1947 iaitu sempena ulang tahun penubuhan BARIP (Barisan Pemuda Brunei).
  5. Lagu 'Allah Peliharakan Sultan' mula digubah pada tahun 1947 apabila sekumpulan pemuda Brunei berasakan yang Brunei seharusnya sudah mempunyai sebuah lagu kebangsaan.

(Sumber: Brunei Resources)



Bacaan lanjut:

  1. Laman web Kerajaan Brunei Darussalam
  2. BruneiResources.blogspot.com
  3. Muat turun lagu 'Allah Peliharakan Sultan' (Sumber: Bruneiresources.com)
  4. Wikipedia: Allah Peliharakan Sultan

22 comments:

Anonymous said...

Baruku tau ni eh. Terima kasih

Rusydiah set2 said...

saya berasa bangga menjadi rakyat Brunei kerana mempunyai lagu yang sebenarnya berbentuk doa untuk kesejahteraan dan keamanan kepada Sultan dan Negara Brunei Darussalam.Brunei boleh!

BuNaL_271 said...

Rusydiah Brunei YAKIN la ukn brunei boleh! Malaysia punya slogan 2

BuNaL_271 said...

Suatu kebanggaan menjadi anak brunei yang mengamalkan budaya melayu islam beraja.

9186/01 said...

:)

daus@set 2 said...

boleh kah jikalau orang yg bukan islam menyebutnama Allah? sila cikgu terangkan.

9186/01 said...

Terima kasih Daus Set2 atas soalan yang diberikan. Saya akan cuba bertanya hal ini kepada pensyarah-pensyarah lain dan saya akan mengemukakan jawapannya dalam seminggu dua ini.

Hazie set 2 said...

cikgu,Yura halim penulis buku jua kah?

Anonymous said...

ZiRaH Hz *SET2*

Cikgu terima kasih
saya baru mengetahui mengenai perkara ini....

soalan saya sama seperti soalan rakan saya iaitu Daus....
bolehkah orang yang bukan beragama Islam menyebutnya?

choy_set 2 said...

saya merasa bangga kerana memiliki sebuah negara yang aman damai dibawah naungan Allah dan memiliki raja yang adil dan bijaksana..saya pun mahu bertanya soalan yang sama dengan Daus..bolehkah cg?

niq set 2 said...

Lagu 'Allah Peliharakan Sultan' adalah sebuah lagu kebengsaan yang terbaik di seluruh negara. hehehe :p

azri_L6_SET_2 said...

Saya rasa doa ini akan terkabul berkat usaha rakyat Brunei yang menyanyikannya di setiap dini hari.Bayangkan berapa ramai orang yang melafazkannya.

Rajaei_set 6 said...

Saya berasa amat bertuah dilahirkan di negara ini.Setiap pagi sentiasa kedengaran lagu yang berunsurkan doa kesejahteraan dan memohon pelindungan dari Allah supaya Brunei akan kekal aman(Darussalam).

Adi Set_2 said...

Saya tidak perasan bahawa terdapat ayat-ayat yang berunsurkan doa dalam lagu kebangsaan Brunei kerana saya hanya tahu menyanyikannya sahaja tanpa menghayatinya =]

LIA_set6 said...

Memang benar,'lagu kebangsaan kita' bukan hanya sekadar musik,tetapi juga merupakan sebuah doa.Doa meminta kepada Allah bagi melanjutkan usia Baginda Yang Teramat Mulia dan memohon agar rakyat dan negara Brunei Darussalam hidup aman damai dalam pemerintahannya.

Ain_set6 said...

Saya bersetuju mengenai "Lagu kebangsaan kita bukan sekadar musik kerana lagu kebangsaan itu ada berunsur doa dan ia juga mengenai sultan kita yang adil dan lain-lain lagi.

LIA_set6 said...

Saya berasa bangga dan terharu kerana menjadi keturunan generasi anak Brunei di mana selama ini negara kita hidup dalam aman sejahtera.Saya berharap keamanan negara kita ini akan kekal dan begitu juga dengan lagu kebangsaan kita.Amin.

rafiah set 2 said...

Saya merasa bannga kerana menjadi salah seorang rakyat Brunei yang mempunyai lagu kebangsaan yang berunsur doa

mezah17 set3 said...

saya sayang BRUNEI!!! =)

Nina SET2 said...

Negara Brunei Darussalam sangat bertuah kerana mempunyai lagu kebangsaan yang amat unik dan bermakna dari segi liriknya.

9186/01 said...

Terdapat banyak kesalahan bahasa yang pelajar lakukan di sini. Contohnya:

1. berasa (bukan merasa);
2. perlindungan (bukan pelindungan);
3. kebangsaan (bukan kebengsaan).

Satu kesalahan yang besar ialah penggunaan perkataan "Baginda Yang Teramat Mulia". Saya sudah masukkan terasul Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Kepada semua pelajar, sila semak balik entri tentang terasul (1, 2 dan 3)

Anonymous said...

semoga rakyat Brunei akan sentiasa aman dan damai