Saturday, August 4, 2007

Sehari Sepatah Kata edisi ke-10

Saya harap, melalui kemudahan komen, pelajar-pelajar dapat memberikan satu contoh ayat dari setiap kata yang disajikan di sini. Entri SSK kali ini memaparkan perkataan yang boleh menyatakan sifat dan perasaan (tapi bukan kedua-duanya sekali).

hipokrit
(orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik,

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:460)

empati (sebutannya émpati)
daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain: kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yang dikaji, dan rasa ~ terhadap masyarakat tersebut telah mengubah bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara; perkembangan sifat ~ terhadap orang yang menghadapi masalah dadah.

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:336)

sarkastik
bersifat menyindir (dengan kata yang tajam, pedas) yang boleh menyakitkan hati seseorang: kata-katanya yang sangat ~ itu menyebabkan kami terpaksa berfikir panjang.

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:1193)

proaktif
berkenaan sifat positif (individu, institusi, dan lain-lain) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku): kerajaan negeri akan mengambil pendekatan ~ untuk menjayakan projek yang dirancangkan.

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:1056-1057)


pesimistik (sebutannya pésimistik)
bersikap atau berpandangan mudah putus harap (cenderung melihat keburukan sesuatu, segera berasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu), lawan optimis: di dalam bukunya terdapat rasa ~ kerana ia melihat banyak kejelikan dan kepincangan dalam masyarakatnya; orang-orang yang ~ meramalkan kemungkinan berlakunya perang dunia kurun ini.

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:1029)


optimis
(orang yang) selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu (perkembangan, kemungkinan, dan lain-lain), (orang yang) selalu melihat sesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik: saya juga seorang ~, tetapi lebih munasabah dan menguntungkan jika kita mengambil sikap berhati-hati dan berjaga-jaga.

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:945)

19 comments:

rafiah set 2 said...

hipokrit~orang yang terlalu mementingkan diri dan hipokrit tidak akan di senangi oleh orang ramai

hazie set 2 said...

boleh cikgu terangkan dengan lebih lanjut lagi tentang makna empati?

Rusydiah set 2 said...

Hipokrit- Bersikap hipokrit sama erti dengan menipu diri sendiri.
Empati- Jika seseorang itu ingin mengkaji sesebuah sajak, ia perlu ada mempunyai rasa empati dalam menyelami maksud sajak itu.
Sarkastik- Ada kalanya kita terpaksa mengunakan kata-kata yang sarkastik untuk menyedarkan seseorang itu.
Proaktif- Seseorang itu perlu bersifat proaktif dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Pesimistik- Siti bersikap pesimistik kepada lelaki sejak di tipu oleh kekasihnya.
Optimis- Kita patut ada sikap optimis dalam menjalani apa saja peperiksaan atau ujian.

Anonymous said...

ZiRaH_Hz *SET2*


(HIPOKRIT) – Ahmad bersikap hipokrit di depan ibu mertuanya,kononnya dia seorang lelaki yang rajin dan bersikap baik

(EMPATI) – Doktor yang merawat pesakit yang ketagih dengan dadah itu cuba sedaya upayanya untuk memahami perasaan yang di alami oleh pesakit tersebut.


(SARKASTIK) – Cikgu Matematika hanya bersifat sarkastik dalam mengumumkan keputusan markah-markah penuntutnya

(PROAKTIF) – Kerajaan haruslah mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi mengurangkan tingginya kadar pengambilan rokok di Negara kita

(PESIMISTIK) – Aminah gagal dalam peperiksaan akhir tahun dan merasa sangat optimistic sehinggakan dia hendak berhenti daripada bersekolah

(OPTIMIS) – Fida sentiasa bersikap optimis walaupun dia selalu mendapat markah yang rendah dalam pelajaran Matematikanya

AZRI_L6_SET_2 said...

Hipokrit

Dia seorang yang hipokrit jika di lihat dari segi pakaiannya yang kurang elok dan tidak sesuai untuknya.

Empati

Jika semua orang dianugerahkan sifat empati, sudah tentu dunia ini akan aman.

Sarkastik

Cikgu saya bersifat sarkastik setelah semua pelajarnya mengantuk
kerana bosan.

Proaktif

Pelajar yang proaktif sangat membantu dalam melahirkan individu yang cemerlang.

Pesimistik

Orang yang berfikiran pesimistik ialah umpama katak bawah tempurung.

Optimis

Untuk menghasilkan kerjaya yang memuaskan kita perlu bersifat optimis.

MaGdah B17(SET 2) said...

Hipokrit - seorang teman karib sepatutnya tidak bersifat hipokrit kerana ianya akan menghilang kepercayaan persahabatan.

Empati - Rasa empati masyarakat Brunei terhadap kejadian tsunami di Aceh telah mengurangkan beban negara tersebut.

Sarkastik - para penal-penal hakim tergamam mendengar penjelasan Ali yang bersifat sarkastik.

Proaktif - Kerajaan perlu mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan prestasi pemain bolasepak negara.

Pesimistik - Ibu sentiasa menasihati saya supaya tidak bersifat pesimistik jika mahu berjaya.

Optimis - Kita perlu optimis dalam apajua kita rancangkan.

nazy_set 2 said...

hipokrit~ mementingkan diri sendiri. bersikap baik didepan tetapi dibelakang sanggup mengata kawan sendiri

choy_set 2 said...

hipokrit => Syukri sangat hipokrit bila berhadapan dengan ibubapanya.

Empati => Ili merasa empati mendengar kisah percintaan Tiqah yang tidak kesempaian.

Sarkastik => Dia sangat sarkastik apabila kawannya gagal dalam perperiksaan.

proaktif => pihak sekolah hendaklah mengambil langkah proaktif dalam masalah disiplin.

Pesimistik => Ramli bersifat pesimistik dalam hal percintaan.

optimis => saya sangat optimis untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam perperiksaan.

saiful set 3 said...

Contoh-contoh ayat:

Kebanyakkan pelakon-pelakon dikatakan bersifat hipokrit.

Seluruh dunia merasa empati dengan kejadian gempa bumi yang terjadi di Aceh.

Dia selalu menyampaikan kata-kata yang sarkastik.

Pelajar-pelajar di Pusat Tingkatan Enam Berakas semuanya bersifat proaktif.

Kebanyakkan orang-orang dahulu pesimistik apabila menghadapi kejadian yang tidak dapat diselesaikan.

Seseorang yang bersifat optimis akan mudah berjaya dalam kehidupannya.

nazy_set 2 said...

Empati~ ramai orang memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh yang melanda beberapa tempat baru-baru ini

niq set 2 said...

hipokrit-sally bersikap hipokrit apabila bercakap dengan rakan-rakannya di luar kelas

empati-pensyarah itu membaca sajak dengan nada yang empati

sarkastik-kadang-kala anak buah di pejabat itu bersikap sarkastik kerana ketua mereka sangat cerewet

proaktif-Kerajaan Brunei bersifat proaktif untuk menjamin masa depan negara

persimistik-jangan sesekali bersikap perimistik atas kegagalan yang dialami

optimis-pelajar-pelajar di sekolah itu semuanya bersikap optimis untuk mengharumkan nama sekolah mereka.

Hakim set 3 said...

Hipokrit-seseorang yang bersifat mementingkan diri sendiri dan
kehidupannya penuh dengan penipuan.
sarkastik-luahan kata yang diluahkan oleh seseorang yang memberi seseorang itu sedar.
Proaktif-menunjukan sifat seseorang yang rajin dan tekun berusaha.
Optimis-seseorang yang bersifat yakin dalam melakukan sesuatu itu.

Daus@set 2 said...

contoh:
1)hipokrit
-Rahman seorang yang di sangka baik, tetapi sebenarnya dia ialah seorang hipokrit kerana dia telah memainkan perasaan gadis itu.
2)empati
-Osman menunjukkan rasa empatinya kepada Jalil yang mana dia baru sahaja keluar dari penjara.
3)sarkastik
-Saarah telah mengata Rosmah dengan perkataan yang sarkastik kerana sikap Rosmah yang tidak mahu bekerjasama.
4)proaktif
-Dalam melakukan sebarang pekerjaan, kita hendaklah bersikap proaktif agar segala pekerjaan dapat dilakukan dengan sempurna.
4)pesimistik
-Ahmad pesimis apabila mendapati bahawa ia tidak lulus ujian Bahasa Inggerisnya.
5)optimis
-Sikap optimis Hisyam dalam membangunkan sekolah baru itu telah menambahkan lagi keyakinan rakannya yang lain.

Daus@set 2 said...

hipokrit?? adakah aku seorang yang hipokrit?? aku tahu ada orang yang memandang ku begitu tapi percaya lah, aku bukan lah seorang yang HIPOKRIT!!!

jee (set3) said...

Cikgu,apakah perbezaan diantara empati dan simpati?

rafiah set 2 said...

Zulaiha memakai pakaian yang menutup aurat didepan ibubapanya tetapi memakai pakaian yang menjolok mata bila berjalan bersama dengan sahabatnya.

Perasaan empati memang dirasai oleh kita semua apabila melihat mangsa-mangsa perang.

Dengan wajah yang sarkastik, dia menyindir rakannya yang gagal dalam ujian itu

Syarikat yang proaktif besar kemungkinan boleh akan mendapat banyak keuntungan

Jika putus gagal dalam peperiksaan,janganlah bersifat pesimistik.

Selalu lah bersikap optimis jika melakukan sebarang pekerjaan.

Adi Set_2 said...

Hipokrit- Ramai pelajar di dalam kelas saya tidak suka kepadanya kerana sifatnya yang hipokrit.

Empati- Setelah membaca novel itu saya merasa empati kerana ceritanya terlalu menyedihkan.

Sarkastik- Terdapat ramai golongan perempuan di sekolah ini bersifat sarkastik.

Proaktif- Seorang yang bersikap proaktif akan mendapat ganjaran yang memuaskan.

Pesimistik- Sifat pesimistik hanya ada pada orang yang lemah semangat dalam meneruskan perjuangannya saja.

Optimis- Sifat optimis dapat membuatkan seseorang itu berjaya dalam apa jua rintangan yang melanda.

arifin set 3 said...

hipokrit
orang yang berpura-pura berkelakuan baik.

arifin set 3 said...

empati
kebolehan seseorang untuk berada dikedudukan orang lain.
proaktif
selalu saja membuat sesuatu kerja.
sarkastik
bersifat menyindir.
pesimistik
berfikir akan keburukan saja.
optimis
berfikir akan kebaikan saja.