Tuesday, July 17, 2007

Terasul dan KGND

Hari ini, saya gantikan segmen Sehari Sepatah Kata dengan segmen terasul dan bahasa dalam, iaitu bersesuaian dengan suasana Sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-61.

Terlebih dahulu, terasul bermaksud:

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996:1430)
surat-menyurat; ilmu ~: ilmu yang mengenai surat-menyurat; kitab ~ kitab yang mengandungi peraturan surat-menyurat

Menurut Haji Abdul Manaf @ Muhd. Zulfikri bin Haji Japar (Pegawai Adat Istiadat di Jabatan Adat Istiadat, terasul ialah

'gabungan nama atau susunan perkataan yang indah dan mulia bunyinya yang dahulu disebut sebelum menyebut nama gelaran (jika ada) kemudian diikuti oleh nama sebenar seseorang'.
  • Terasul = kata majmuk.

    Contohnya seperti berikut:

    Yang Mulia Awang...
    Yang Dimuliakan Pehin...

    Frasa yang digarisbawahi tersebut adalah contoh terasul.

    Tujuan meletakkan terasul di pangkal nama adalah

    'sebagai memuliakan dan memberikan penghormatan kepada seseorang.'

Contoh terasul yang lain:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri

Dalam penulisan karangan, terasul Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan misalnya, walaupun boleh dibilang sebagai lima patah perkataan, hendaklah dikira sebagai satu unit atau satu kata.

...

Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama ketika berkomunikasi dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri.

Jika pelajar-pelajar berkesempatan untuk berkomunikasi dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, adalah lebih beradab jika pelajar-pelajar mendahulukan pengucapan dengan:

1. Bukan golongan Pengiran:

  • Ampun beribu ampun, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik
  • Kebawah Duli Tuan Patik

2. Pengiran Lelaki/Perempuan


  • Patik
  • Duli Tuan Patik

Nota untuk pelajar:


  • Patik dan Hamba Kebawah Duli Tuan Patik (sama maksudnya dengan kata ganti diri 'saya')
  • Duli Tuan Patik dan Kebawah Duli Tuan Patik (sama maksudnya dengan kata ganti diri 'awak')

Dipetik dari:

Kertas kerja bertajuk: Terasul dan Bahasa Pengganti Diri "Bahasa Dalam" oleh Haji Abdul Manaf @ Muhd Zulfikri bin Haji Japar, Pegawai Adat Istiadat.

6 comments:

Anonymous said...

hmmm cgu aku na paham apa kan d buat pat entri ani

9186/01 said...

Entri ditulis untuk pengetahuan tambahan pelajar-pelajar bersempena dengan suasana perayaan yang kita raikan sekarang. Tidak ada tugasan tambahan. Jika awda berkesempatan untuk berbual dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa majlis junjung ziarah, awda sekarang sekurang-kurang boleh berbual dengan sopan dan penuh hormat.

Anonymous said...

owhhhh so overol tuk pengetahuan kami sja kh cgu?

9186/01 said...

Tempoh hari ada pelajar yang mengadu bahawa entri dan tugasan atas talian yang saya berikan terlalu banyak. Dari hal tersebut saya 'mengurangkan' penulisan entri yang perlu awda komen sehingga minggu hadapan. Sila berikan komen awda pada lima entri yang disenaraikan dalam entri ini:


Masih lagi keliru?


Terima kasih : )

9186/01 said...

bunal_271 dan rakan-rakan:
Jika awda masih kurang pasti tentang penggunaan terasul, awda boleh menanyakan soalan-soalan di sini atau jika awda ada kemusykilan tentang adakah sesuatu nama itu terasul, ajukannya di sini. Insya Allah, jika jawapannya ada pada saya, saya akan cuba menjawabnya.

Mohamed Ali said...

$$$ GENUINE LOAN WITH LOW INTEREST RATE APPLY $$$
Do you need finance to start up your own business or expand your business, Do you need funds to pay off your debt? We give out loan to interested individuals and company's who are seeking loan with good faith. Are you seriously in need of an urgent loan contact us.

Email: shadiraaliuloancompany1@gmail.com
Phone No: +919873186890.