Wednesday, July 18, 2007

Terasul dan KGND (sambungan)

Contoh ayat jika awda berkesempatan untuk berkomunikasi dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Bagina Raja Isteri:

Jika awda bukan golongan Pengiran
  • "Ampun beribu ampun, hamba Kebawah Duli Tuan Patik menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Tuan Patik ke sekolah ini."

Jika awda golongan Pengiran (lelaki/perempuan)
  • "Ampun beribu ampun, Patik menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Tuan Patik ke sekolah ini."

Frasa 'ampun beribu ampun' adalah frasa yang dipanggil 'Pembungkus Kalimat' yang biasanya dituturkan di awal dan di akhir sesuatu ayat yang diujarkan (sesuai dengan namanya pembungkus kalimat)

  • Penggunaannya untuk kedua-dua Kebawah Duli Yang Maha Mulia sahaja.
Dalam bahasa seharian dan apabila bercakap dengan orang biasa (bukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia), kedua-dua ayat di atas membawa maksud yang sama seperti ayat:

"Saya mengucapkan terima kasih atas lawatan awda ke sekolah ini."

Dipetik dari 'Terasul dan Bahasa Pengganti Diri "Bahasa Dalam"' oleh Haji Abdul Manaf @ Muhd Zulfikri bin Haji Japar.

1 comment:

Daus@set 2 said...

kali kedua brada di makmal computer.. saya masih tidak tahu tugasan yang mana kah yang akan dibuat.. jadi saya harap cikgu akan menunjukkan lagi tentang tugasan itu...