Thursday, November 22, 2007

Lawatan ke Kristal FM

Saya terpanggil untuk menulis posting hari ini kerana ramai pelajar yang masih tidak faham tujuan lawatan kita ke Kristal FM.

Beberapa bulan yang lalu, saya telah mengadakan undian di blog ini iaitu saya mengarahkan pelajar-pelajar saya untuk mengundi rangkaian radio yang mereka ingin lawati. Tujuan undian adalah mudah: untuk 'memaksa' pelajar datang ke blog ini dan 'menyedarkan' pelajar yang datang untuk membaca sendiri entri-entri yang dimasukkan. Hasilnya, lebih daripada 20 pelajar mengundi dan sebahagian besarnya mengundi Kristal FM. Oleh itu, lawatan ke Kristal FM akan diadakan.

Namun, seperti yang saya catatkan di atas, ramai pelajar keliru dengan hal ini. 'Keistimewaan' atau pengalaman lawatan ini sebenarnya hanya untuk pelajar-pelajar Bahasa Melayu set-set 2, 3 dan 6. Tetapi disebabkan oleh tindak balas yang kurang memberangsangkan daripada pelajar-pelajar ini, dan juga disebabkan oleh bas yang ditempah banyak jumlahnya, lawatan ini dibukakan secara terhad kepada pelajar-pelajar Bahasa Melayu daripada set lain. Dengan kata lain, pelajar-pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu tidak boleh ikut serta dalam lawatan ini.

Saya harap awda sudah dewasa untuk memikirkan hal ini. Saya tidak mahu anda beranggapan yang saya tidak mahu membawa kawan-kawan awda yang lain.