Thursday, November 22, 2007

Kristal FM

Anda sudah melawat Kristal FM dan DST Group of companies. Semua pelajar, sila zahirkan pengalaman anda melalui butang komen di sini.

3 comments:

Anonymous said...

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada cigu Aliamat kerana membawa kami(set 2) melawat ke kristal FM & Dst companies pada petang kelmarin.

Lawatan itu sangat menyeronokan kerana kami telah diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Dj disana iaitu Dj Yanti sekaligus dapat berkenalan dengannya. Kami juga diberi kesempatan untuk "ke udara" dan berbual dengan Dj Yanti dikristal FM. Ianya adalah suatu pengalaman yang baru bagi diri saya dan rakan-rakan saya yang lain.

Setelah itu, kami pun dibawa ke tempat Dst 151. Disana, kami telah diberitahu tentang cara mereka bekerja dan menangani masalah-masalah yang timbul seperti gangguan telefon, hantaran sms tidak sampai, gangguan rancangan Astro dll. Kami juga diberitahu bahawa mereka bekerja selama 24 jam dan bekerja secara bergilir-gilir(shift).

Kemudian, kami dibawa ke bangunan 12 tingkat Dst. Disana kami telah dibawa ke tingkat teratas. Kami pun tidak melepaskan peluang ini untuk mengambil gambar bersama rakan-rakan. Kami juga dapat melihat pemandangan yang indah dari atas sana. Setelah itu, kami dibawa turun ke tingkat 1 dan diberi taklimat tentang Dst & 3G oleh Alex pada petang itu. Banyak maklumat yg kami tahu darinya.

Dalam pukul 4:50, lawatan kami pun sudah tamat lalu kami pun kembali ke sekolah dengan pengalaman yang menyoronokan dikongsi bersama.

Anonymous said...

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Aliamat kerana membawa kami melawat ke Kristal FM dan DST151 pada hari itu.

Kami berpeluang menemui DJ Yanti dan berkenalan dengannya. Kami diberitahu olehnya mengenai kelayakan untuk menjadi DJ di sana. Dia berkata pengalaman itu penting dan mesti ada pada seseorang itu. Tetapi yang tidak ada mempunyai pengalaman boleh mencubanya. Dia sempat mengingatkan kami supaya jangan pandang ke belakang sewaktu menaiki lif.

Kemudian, kami dibawa ke tempat DST151. Kami dapat melihat keadaan tempat kerja mereka yang sibuk melayan panggilan telefon dan aduan dari pelanggan DST.

Kami juga dibawa ke tingkat 12. Saya berasa takut semasa lif itu bergerak ke atas dan ke bawah. Saya sempat lagi memandang ke belakang. Betul kata DJ Yanti. Dari atas, kami boleh lihat betapa kecilnya dunia ini. Kami juga ternampak laut, hutan dan bukit bukau yang berhampiran. Allah Maha Kaya yang memiliki seluruh alam.

Akhir sekali, kami mendengar taklimat daripada Mr.Alex mengenai Kristal Astro,3G dan lain lagi.

Banyak pengetahuan yang kami dapat sepanjang lawatan itu.

Anonymous said...

Saya juga berterima kasih kepada cikgu ALiamat kerana memberi peluang kepada kami untuk melawat ke kristal FM dan DST.

Lawatan tersebut sungguh menyeronokan. Dan ia juga dapat menambah pengalaman kami.

sekali lagi terima kasih cikgu Aliamat.