Thursday, July 26, 2007

Sehari sepatah kata

Zirah_HZ dan Bunal271, saya harap entri kali ini dapat menjelaskan kedua-dua perkataan yang kamu tanyakan.

jelajah I; menjelajah pergi berjalan ke merata-merata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain);
menjelajahi mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dan lain-lain) sesuatu daerah dan lain-lain (untuk menyelidiki dan lain-lain), menjajah.

Contoh ayat:
Sejak manusia berjaya menaiki roket mendarat di bulan, usaha-usaha untuk ~ angkasa lepas telah dipertingkat.

penjelajahan perihal menjelajahi,

Contoh ayat:
Inilah pertama kalinya kapal terbang digunakan untuk ~ di bahagian Artik.

penjelajah
1. orang yang menjelajah,
Admunsen ialah seorang ~ kutub bangsa Norway.
2. kapal ~ sejenis kapal perang yang tidak begitu besar tetapi laju.

jelajah II (dialek Minangkabau)
menjelajahkan menerangkan, menghuraikan.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994:526)


jana 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir;
menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yang dimainkan oleh sektor pertanian dalam ~ pendapatan dan guna tenaga;

terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil;

penjanaan perbuatan (tindakan dan sebagainya) menjanakan atau menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yang berkaitan dengan ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Biologi) pembentukan semula tisu atau organ yang tercedera (rosak) pada tumbuhan atau haiwan, misalnya pembentukan semula ekor cicak yang telah putus;

penjana sesuatu (alat dan lain-lain) yang atau untuk menjanakan (kuasa dan lain-lain): alat ini mempunyai sebuan ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994:515)

4 comments:

9186/01 said...

Ayat "Dia menjelajah ke luar negara" tidak tepat kerana:

menjelajah adalah kata kerja aktif transitif dan ia mesti diikuti oleh objek selepasnya. Objek yang ada hendaklah perkataan yang bukan terdiri dari kata/frasa sendi nama.

Ayat yang baik ialah:

"Dia menjelajah merata Singapura".
Dia - Subjek ayat
menjelajah - Kata kerja transitif;
merata Singapura - Kata nama yang ;menunjukkan seluruh Singapura.

:)

Anonymous said...

ZiRaH_Hz-terima kasih ckh aliamat

Anonymous said...

sehari sepatah kata untuk hari ini bagi kelas cikgu aliamat hari ini ialah "TUNTAS"...

Anonymous said...

Tuntas ertinya jelas, mantap! lurus cgu?