Monday, October 8, 2007

Perenggan isi

Buat satu perenggan berdasarkan kuliah tadi.

Perenggan isi yang baik.

Saya guru. Guru manusia. Jadi, saya manusia.

Dia berpuasa. Orang berpuasa tidak makan pada siang hari. Sebab itulah dia tidak makan pada siang hari.

Beliau pemandu bas. Pemandu bas itu abang saya. Jadi, beliau abang saya.

Beliau pandai belajar. Orang yang pandai belajar sihat mentalnya. Oleh itu, beliau sihat mentalnya.

Saya pelajar PTEB. Setiap pelajar PTEB ada maruah diri. Sebab itulah saya ada maruah diri.

Brunei Darussalam negara aman. Negara aman senang didiami. Oleh hal demikian, Brunei Darussalam senang didiami.

Orang taat beragama akan sejahtera hidupnya. Manusia yang sejahtera hidupnya disayangi Tuhan. Jadi, orang taat beragama disayangi Tuhan.

Rumus (formula)

(Ayat A) Subjek A + Predikat A.

(Ayat B) Predikat A (sekarang Subjek B) + Predikat B.

(Ayat C) Penanda wacana, Subjek A + Predikat B.


  • Setiap konstituen disebut dua kali.
  • Predikat A menjadi Subjek B pada ayat kedua.
  • Tambahkan penanda wacana pada ayat kesimpulan.

Tugasan awda:
  • Tambahkan ayat penerang dan contoh di antara ayat B dan C.
  • Contohnya:
  • (Ayat A) Brunei Darussalam negara aman. (Ayat B) Negara aman senang didiami. (Ayat C) Oleh hal demikian, Brunei Darussalam senang didiami.



  • (Ayat A) Brunei Darussalam negara aman. (Ayat B) Negara aman senang didiami. Buktinya, penduduknya ramah dan bersikap berpemedulian. Contohnya jika kita berjalan-jalan di kawasan Bandar Seri Begawan; kita tidak akan terlepas daripada senyuman rakyatnya. Hal ini sungguh menyenangkan. (Ayat C) Oleh hal demikian, Brunei Darussalam senang didiami.


4 comments:

Anonymous said...

ZiRaH Hz *Set2*

Assalamualaikum Cikgu Ali

Cikgu apa tugasan untuk cuti sekolah?
Boleh Cikgu Email Kan?
Terima Kasih Cikgu

9186/01 said...

Tugasan 1: entri ini. Tugasan 2: sudah saya agihkan di sekolah. Namun saya akan cuba emelkannya kepada anda; masalahnya, bukan sekarang. Mungkin selepas cuti hari raya.

Selamat hari raya.

Terima kasih.

Anonymous said...

Bandar Seri Begawan adalah kota yang indah. Tempat yang indah selalu menjadi tarikan para pelancong. Sebagai contoh, Kampong Ayer teletak di kawasan Bandar Seri Begawan dan ini telah menjadi salah satu sebab ramai pengunjung untuk melihat sendiri keadaan Kampong Ayer. Jadi, Bandar Seri Begawan adalah tempat tarikan para pelancong.


Lurus kah Cikgu apa yang saya buat ini?

Anonymous said...

Brunei Darussalam negara aman. Negara aman senag didiami. Buktinya, tiada perang atau pemberontakan yang berlaku di negara ini. Oleh hal demikian,Brunei Darussalam senang didiami.