Monday, October 8, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Kepada pelajar-pelajar saya,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Ikhlas daripada,

Cgu Ali, PTEB



+++

Kepada para pelajar, gunakan kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan awda. Keluarkanlah kekreativitian awda di sini. :)

12 comments:

Jiwang@hem said...

Assalamualaikum kepada semua Cikgu dan Penuntut-penuntut PTEB sekalian, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kamu semua.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sesorang gadis yang saya cintai hingga ke hari ini, ku harap engkau akan berbahagia di sana disamping keluarga. Walaupun engkau jauh dimata, namun dihati kita sama-sama menyambut Hari Raya yang hadir cuma sekali ini sahaja.

Tidak lupa juga kepada teman-teman diset 2, Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada kamu semua. Saya sangat beruntung kerana menpunyai teman seperti kamu semua.

Saya juga ingin meminta-maaf diatas sagala kesalahan-kesalahan dan perbuatan-perbuatan saya yang mungkin menyinggung perasaan kamu semua. Jadi, kalau ada salah dan silap saya janganlah disimpan didalam hati.

Untuk mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin menyampaikan satu pantun;
Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

9186/01 said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga amalan kita di bulan Ramadan ini diterima Allah. Pesanan saya kepada pelajar-pelajar saya, pandulah kenderaan dengan disiplin yang tinggi. Pakailah tali pinggang keledar dan pastikan kenderaan awda dalam keadaan baik.

Ingin juga saya berpesan, kalau bertandang ke rumah rakan dan taulan, jaga adab dan sopan dan jangan pulang lewat.

Sekali lagi, jangan jadikan musim perayaan ini sebagai musim berdukacita. Jadilah pemandu beraya yang berhemah tinggi.

Rusydiah said...

Assalamualaikum kepada semua orang yang saya kenali dan yang tidak saya kenali, serta yang sebaliknya. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga saya. Ayah dan ibu, maafkanlah segala kesalahan saya daripada hujung rambut hingga hujung kaki jikalau ada tersalah bahasa atau perilaku.Begitu juga kepada kakak dan adik-adik saya, maafkan saya.Selamat Hari Raya juga kepada sanak-saudara saya walau berada di mana jua.

Ucapan Selamat Hari Raya ini juga ingin saya tujukan kepada kawan-kawan saya dari sekolah menengah hingga sekarang. Maafkan saya jika tersalah bahasa yang mungkin menyinggung perasaan kamu. Kamu telah mendidik saya menjadi lebih matang.

Kepada rakan-rakan semua di set2,Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua. Juga kepada guru-guru di PTEB, Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir dan batin.

Sebagai penutup ucapan saya ini, saya selitkan dua rangkap pantun yang tidak berapa menarik ini.

Sepotong kek sebagai hidangan,
Tapak kuda kegemaran orang,
maaf zahir dan batin aku ucapkan,
ikhlas dari hati kepada semua orang.

Ramadan semakin meninggalkan kita,
Bulan Syawal datang kembali,
jangan lupa kepada semua,
puasa sunat enam hari.

Anonymous said...

ZiRaH Hz Set2

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Kepada penuntut-penuntut PTEB terutama sekali Kelas Bahasa Melayu Set 2.Tidak lupa juga kepada Cikgu Aliamat yang mengajar kami tanpa mengira penat dan lelah.terima kasih Cikgu Ali.

Mohon Maaf Zahir Dan Batin

9186/01 said...

jiwang@hem dan rakan-rakan lain: Tolong jawabkan pantun Rusydiah buat saya.

Rusydiah, Norhazirah dan Jiwang@hem: selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin

(jiwang@hem: jangan lupa gunting rambut) :)

sakurasa said...

salam lembaran

Anonymous said...

Nazirah Set 2
Selamat Hari Raya!Maaf zahir dan batin.Kepada semua teman-teman yang mengenali saya,saya ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga kehujung kaki seandainya saya terkasar atau tersilap bahasa.Kepada cikgu Aliamat,saya ingin meminta maaf sekiranya saya ada membuat salah terhadap cikgu.Selamat hari raya.

BuNaL_271 said...

Assalamualaikum kepada semua Cikgu dan warga PTEB serta orang yang membaca blog ini. Saya begitu berbesar hati dapat menjadi salah seorang dari warga dan menuntut ilmu di PTEB.

Sempena hari raya ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri saya. Dengan itu saya akhiri dengan mengongsikan mesej pesanan ringkas yang saya terima dari teman rapat saya yang berbunyi:

Sentiasalah setting niat,
upgrade iman,
download sabar,
upload usaha,
delete dosa,
update doa,
top up ilmu,
agar dapat redeem pahala yang banyak.

q(^_^)p

Adi Set_2 said...

Assalamualaikum..Di hari yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pelajar PTEB yang berugama Islam.

Semoga Hari Raya pada tahun ini akan menjadi lebih bermakna bagi abiskita semua.

Jika ada salah silap atau terlanjur kata atau kekurangan saya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hinga hujung kaki.

arif set 3 said...

selamat hari raya..
maaf zahir dan batin..

Anonymous said...

saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada keluarga tercinta dan sahabatku semuanya.
pantunku:

KETUPAT DAN RENDANG HIDANGAN RAYA,
JANGAN LUPA BAGI DUIT RAYA.

Hayana_SET6 said...

Assalamualaikum, saya harap belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar PTEB. Teruskan amalan yang kita buat di bulan Ramadan di bulan Syawal dan bulan-bulan yang akan datang.