Wednesday, September 26, 2007

Nurin Jazlin: Dalam kenangan

Sejak lebih sebulan yang lalu, kisah kehilangan budak perempuan berusia 8 tahun telah mendominasi media massa Malaysia. Nurin Jazlin binti Jazimin (atau lebih mesra dipanggil Kak Ngah oleh ahli keluarganya) yang keluar seorang diri buat kali pertama dari rumahnya dengan tujuan untuk membeli makanan di sebuah pasar malam dekat rumahnya tidak pulang ke rumah malam tersebut. Pelbagai andaian telah dibuat oleh orang ramai, antaranya perlakuan fidofil, penculikan dan sebagainya. Ganjaran berupa wang telahpun ditawarkan kepada mana-mana individu yang berjaya membawa pulang atau memberikan maklumat tentang keberadaan Nurin Jazlin.

Namun, pada minggu lepas, sebuah beg sukan berisi mayat seorang kanak-kanak perempuan
ditinggalkan dan dijumpai di sebuah premis. Hasil bedah siasat mengemukakan bahawa mangsa telah meninggal dunia kerana jangkitan pada usus dan juga disebabkan penderaan teruk seksual. Mangsa didapati meninggal dunia kurang daripada 24 jam sebelum mayatnya ditemui. Pada mulanya, ibu bapa kanak-kanak yang malang tersebut, iaitu melalui prosedur pengecaman, mengatakan mayat budak yang dijumpai itu bukan anaknya kerana tubuh budak yang dijumpai itu lebih kurus dan rambutnya pendek. Namun ujian DNA mengesahkan sebaliknya; mayat tersebut adalah mayat Nurin Jazlin.

Setakat ini, belum ada tangkapan yang dibuat kerana siasatan masih dijalankan. Di samping itu, pihak Kerajaan Malaysia, melalui pihak polisnya mengkaji kemungkinan untuk mendakwa ibu bapa mangsa di bawah peruntukan Akta Kanak-kanak 2001.

Perkara seperti inikah yang kita mahukan berlaku di negara kita? Kanak-kanak didera secara seksual dan dibiarkan mati dalam keadaan yang menyedihkan. Kemudiannya mayat/jenazah dibuang dalam keadaan menyayat hati? Jelas, ia harus dicegah sebelum terjadi di sini.

Untuk keterangan lanjut, layari dan baca laman web berikut:

  1. Nurin Jazlin dalam kenangan
  2. Berita Harian online
  3. Utusan Malaysia
  4. Google (dengan menaip kata kunci "Nurin Jazlin")

Melalui kemudahan komen, berikan pendapat kamu dalam bentuk perenggan tentang kejadian ini dan cara-cara pencegahannya. Tuliskan juga, adakah pihak polis wajar menjalankan tindakan undang-undang kepada keluarga mangsa yang di

Buat keluarga mangsa, bersabarlah menghadapi dugaan. Buat ibu bapa, mata-matailah anak anugerah Ilahi dan buat pelajar-pelajar, sedekahkanlah pahala surah al-Fatihah buat mangsa dan panjatkanlah doa mudah-mudahan perkara sebegini tidak berulang lagi.


Al-Fatihah
Allahyarham Nurin Jazlin binti Jazimin
1999 - 2007

4 comments:

Anonymous said...

Kali pertama saya membacanya saya terasa seram dan kesal atas perbuatan yang menyayat hati itu. Bagi saya itu adalah perkara yang hanya dibuat oleh orang yang mempunyai penyakit jiwa dan berfikiran sempit kerana mereka akan membuat apa sahaja tanpa berfikir panjang.

Pada pendapat saya, perkara ini haruslah di ambil serius oleh pihak berkenaan dan ibu bapa seharusnya tidak membiarkan anak-anak mereka melakukan sesuatu tanpa pemerhatian ibu bapa atau orang dewasa. Mereka(ibu bapa)seharusnya menemankan anak mereka jika anak mereka hendak pergi kemana saja walau di berhampiran rumah.

Pihak polis juga sepatutnya wajar menjalankan tindakan undang-undang bagi membenteras jenayah seperti ini. Tanpa adanya bantuan dari pihak polis perkara yang sungguh megesalkan ini akan berlanjutan sampai bila-bila.

9186/01 said...

Saya setuju dengan pendapat adeey@set_2. Ibu bapa dan pihak berwajib ialah tunjang utama kepada kesejahteraan dan nyawa anak-anak kecil. Kalau hanya satu pihak yang berusaha ke arah merealisasikan hasrat penjagaan anak-anak ini, harapan ini tidak akan ke mana. Bak kata pepatah Melayu, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Syabas adeey@set_2. Bagaimana dengan pelajar-pelajar yang lain?

Cgu Ali

9186/01 said...

Kepada pelajar-pelajar budiman,

Walaupun kita tidak mengenali allahyarhamah Nurin, kita tidak sepatutnya berdiam diri tentang hal ini. Berikan pendapat awda tentang bagaimana kita sebagai warga belia boleh membantu pihak-pihak tertentu termasuk ibu bapa dan polis agar perkara ini boleh ditiadakan daripada berlaku di negara ini.

Ingatlah bahawa pelajar hari ini ialah pemimpin hari esok. Segala pendapat bernas awda hari ini tidak akan ditolak.

Anonymous said...

KIta sebagai warga belia boleh membantu pihak pihak yang tertentu dengan memberikan kerjasama kita. Dengan cara menyumbangkan sedikit tenaga kita ataua alternatif lain demi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti teks di atas. Ibu Bapa pula seharusnya sentiasa memberikan peringatan dan nasihat serta memata-matai anak mereka agar perkara atau kejadian yang berlaku di negara jiran tidak akan terjadi pada anak mereka.