Wednesday, August 22, 2007

Pantang larang Melayu

Baca artikel ini di sini.

Terima kasih. :)

14 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, saya sudah pun membaca info mengenai pantang-larang itu dan saya ingin sakali bertanya, apakah pantang-larang itu benar-benar boleh terjadi?

Bagaimanakah pula dengan pantang-larang yang ini, "Jangan bernyanyi di dapur, nanti dapat suami/isteri yang tua"?

Dan bagaimanakah pula dengan pantang-larang ini,"Jangan bermain simban di waktu malam, takut membawa sial"?

9186/01 said...

Terima kasih Daus@set2 kerana menjadi orang pertama memberikan komen di sini:

Pantang larang yang kamu rujuk ada tujuan-tujuannya. Tujuan utama sebenarnya adalah untuk mendisiplinkan anak-anak di rumah. Jarang sekali pantang larang ini diucapkan oleh seorang yang muda kepada seorang yang lebih berusia.

Sebelum saya berikan alasan atau tujuan kenapa kedua-dua perbuatan tersebut dilarang, saya berikan struktur ayat dalam pantang larang:

Bahagian pertama:
Ayat larangan
contoh:
'Jangan bernyanyi di dapur' dan sebagainya.

Bahagian kedua:
Akibat
contoh:
'nanti dapat suami/isteri tua'.

Kedua-dua bahagian ini, setelah dicantumkan, ayat-ayat ini menjadi ayat majmuk.

Seperti biasa, saya tidak akan memberikan jawapan kepada soalan awda tanpa memberikan peluang kepada rakan-rakan lain bersuara.

Pelajar-pelajar lain, sila jawab soalan-soalan daus@set2 ini dan kemudian senaraikan pantang larang Melayu Brunei yang awda ketahui.

Terima kasih Daus@set2.

+++

Kesilapan tatabahasa:

Jangan gunakan kata hubung 'dan' di pangkal ayat. 'Dan' ialah kata yang boleh kita umpamakan sebagai sebuah jambatan. Jika ia sebuah jambatan, ia harus menghubungkan dua frasa.

Contoh:
1. Saya dan dia tinggal sekampung.
2. Kereta itu dan kereta ini milik abang saya.

Contoh ayat yang tidak gramatis (salah):
3. Dan engkau seharusnya sudah tidur.
4. Kami akan beraya ke rumah Ahmad dan.

Jika awda lihat, ayat 3 dan 4 tidak gramatis kerana kata hubung 'dan' tidak dijadikan sebagai jambatan. Jadi, ia harus kita elakkan.

Hal ini sama dengan kata hubung lain, contohnya 'tetapi', 'malahan' dan sebagainya. Perkataan ini tidak boleh berada di pangkal sesuatu ayat atau berada di hujung ayat.

+++

Kesilapan tatabahasa kedua:

'di waktu malam'.
Sila rujuk nota yang saya berikan.

Anonymous said...

Pantang larang pada masa dahulu hanya digunakan untuk mendisiplinkan anak-anak dan generasi akan datang. Daus, kita boleh memikirkan sesuatu pantang larang itu secara logik. Pantang larang tersebut ditujukan kepada kaum yang muda untuk kita mempratikknnya. Bagi saya pantang larang merupakan satu pengajaran yang secara tidak langsung memberi kesedaran kepada kita dalam menjalani hidup.

9186/01 said...

Bunal: Sila jawab soalan Daus. :)

Anonymous said...

Em... daus yang saya tahu dari sepupuku yang tinggal di kampung,kalau main simban waktu malam ada orang mengikuti kita tanpa kita sedari, bermakna makhluk halus sama-sama bermain simban dengan kita.Ditakuti kita akan di kacau oleh makhul halus tersebut.

Mengenai bernanyi di dapur saya tidak tahu mengenainya. Daus mengenai pantang larang ini " Anak perempuan mestilah selalu bangun awal kerana ditakuti hilang rezeki". Adakah itu salah satu pantang larang?kalau ia apakah sebabnya?

Anonymous said...

cikgu, mengenai jangan keluar keluar rumah pada waktu hujan panas di takuti ada makhluk halus yang mengganggu kita, adakah itu termasuk pantang larang orang-orang dahulu? kalau ia apakah sebabnya?

Terima kasih

Anonymous said...

Jangan menyanyi di dapur, nanti dapat isteri atau suami tua? Masa dahulu orang muda tidak digalakkan untuk menyanyi ketika membuat kerja, ini kerana akan membuatkan mereka lalai. Jadi ayat pantang tersebut dibuat adalah untuk mengelakkan atau sekadar menakutkan mereka agar tidak lalai dan menumpukan perhatian.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Sya tidak pasti sama ada ia boleh terjadi atau tidak, tetapi seperti yang cikgu tulis tujuanya adalah untuk mendisiplinkan anak-anak di rumah. Pantang larang itu hanya sekadar untuk menakutkan mereka sahaja.

Mengenai pantang larang 'Makan nasi mesti dihabiskan, nanti nasi menangis', saya selalu berpandukan pantang larang itu. Ia boleh mengelakan saya dari membazir dengan rezeki yang telah dikurniakan. Pantang larang ini juga boleh menimbulkan rasa syukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita.

Anonymous said...

Ada betulnya alasan yang diberikan oleh Rusydiah. Ada pelajar yang tidak setuju dengan pernyataan ini?

Anonymous said...

pada pendapat saya,seenarnya pantang larang yang dibuat oleh orang dahulu adalah kerana ingin menakutkan ataupun menyedarkan supaya jangan membuat sesuatu yang mana mungkin boleh mengakibatkan kesan negatif ataupun buruk seperti pantang larang yang telah dijadikan contoh oleh Daus dari set-2 yang mana kita dilarang bernyanyi didalam dapur,ini adalah ditakuti akan masakkan yang dimasak mungkin hangus ataupun tidak sempurna kerana kelalaian kita menyanyi,dan ini juga boleh mengakibatkan pembaziran jika berlaku semua itu.



AAM set-3

Anonymous said...

pantang larang ini tidak boleh dianggap kurafat sahaja,tapi kita patut juga melihat dari segi kesan yang dihasilkan kerana pantang-larang tersebut dicipta, seperti pantang larang "jangan berbaring selepas makan,nanti jadi buaya" jika dilihat secara kasar,ayat ini seperti tidak masuk akal dan boleh dianggap kurafat tetapi sebenarnya jika diamati dan dikaji,selepas makan perut maknusia akan menghadam semua makanan untuk mengeluarkan tenaga,dan jika kita berbaring,tenaga tersebut tidak dikeluarkan dan ini akan menyebabkan lemak akan berkumpul dan jika penghadaman tidak berlangsung secara baik maka kita akan mengalami masaalah pencernaan lagipun dalam sunah Rasulullah sendiri ada menyatakan supaya membawa berjalan kaki sebanyak 99 ataupun 100 langkah sebelum kita berbaring.



AAM set-3

Anonymous said...

assalaalaikum...
selalu juga ibu di rumah cakap mengenai pantang larang,tak boleh begitu,tak boleh begini dan banyak lagi pantang larang yang kadang2 tidak releven dengan masa sekarang.jika dilihat secara logiknya pantang larang berkenaan "tidak boleh menyanyi di dapur nanti dapat isteri/suami tua.'jika dilihat dari sudut agama jodoh sememangnya telah ditentukan oleh Tuhan.secara logiknya menyanyi di dapur adlah kurang sopan kerana di dapur adalah tempat memasak,bukan menyanyi.tambahan pula dikhuatiri akan menganggu orang lain.

Anonymous said...

kadang2 pelik dengan pantang larang...