Monday, October 1, 2007

Isi teks ringkas.


Dalam kuliah tadi, kita sudah berbincang tentang isi-isi inti petikan yang awda ringkaskan semasa dalam peperiksaan 9186/1 tempoh hari. Berdasarkan isi-isi inti tersebut, buat satu teks ringkas (di antara 146 hingga 155 patah perkataan sahaja) dengan menggunakan ayat kamu sendiri iaitu tanpa mengubah makna yang disampaikan oleh teks asal.

Isi utama ringkasan:

(seperti dalam perbincangan kita dalam kuliah)

Apa?

  • Isu penganiayaan, penderaan dan pengabaian kanak-kanak dan wanita, baik secara mental atau fizikal, sering sekali kita dengar kebelakangan ini.
  • Hal ini mengaibkan dan menjejaskan imej negara kita.

Punca-puncanya?

  1. Kurang pendidikan agama.
  2. Pergaulan bebas.
  3. Keruntuhan rumah tangga.
  4. Mangsa tidak mengetahui undang-undang/hak yang diperuntukkan kepada mereka.

Cara-cara untuk mengatasinya?

  • Melalui gabungan hukuman berat dan pendidikan, terutama sekali melalui tindakan-tindakan bersepadu di kalangan pihak berkepentingan adalah penting untuk menangani isu-isu sosial di negara ini.
  1. Undang-undang: Brunei Darussalam memperuntukkan akta Perintah Kanak-Kanak 2000 bagi kes-kes pengabaian, penganiayaan, pendedahan atau pembiaran anak-anak.
    • Pesalah dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dengan 10 kali sebatan atau dikenakan denda tidak meleihi $20 ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
    • Namun hukuman ini harus diperberat.

2. Pendidikan:

    • Pameran, bengkel dan seminar yang memberikan asas dan pengetahuan terkini kepada kaum wanita mengenai pengurusan dan pentadbiran rumah tangga serta keluarga.
    • Diungkayahkan oleh persatuan dan pertubuhan wanita (contohnya).
    • Untuk mewujudkan masyarakat dinamik, berdisiplin, bersatu padu dan pemedulian.
    • Ibu bapa berperanan penting untuk menjadi teladan kerana ahli keluarga yang datang daripada rumah yang tenteram dan bahagia boleh menghasilkan masyarakat yang berakhlak mulia, berdisiplin, penyayang dan bersatu padu.
+++
Pelajar-pelajar yang sudah membaca tulisan ini, tinggalkan nama dan set awda dalam kemudahan komen. Kemudian buat kerja rumah awda dan hantarkannya pada Khamis 4 Oktober 2007.

8 comments:

Anonymous said...

Noor Sakdatun Afizzah @ Siti Rahmah bte Abdul Ajit dari set 6

Anonymous said...

Warhidayah binti yussof dari set 6

Anonymous said...

Siti Norafizah Binti Mohd Tarif dari set 3

Anonymous said...

ZiRaH_Hz*SET 2*

Terima kasih Cikgu Aliamat

9186/01 said...

Sama-sama :)

Anonymous said...

Siti Rafiah bte Haji Ya'akub
Set 2

Anonymous said...

Md Azri bin Hj Razab, dari set 2

Adi Set_2 said...

(1)Abd Hadi Bin Hj Saedan dari set 2