Monday, August 20, 2007

Sajak ABC

Sajak jenis ABC ini sudah lama digunakan oleh penulis sajak. Berikut saya paparkan satu contoh sajak ABC hasil pena seorang pelajar PTEB.

Cinta dan Sajak, oleh Pujangga Merindu, Brunei Darussalam



Tugasan awda, hasilkan satu sajak jenis ABC (melalui kemudahan komen). Sajak awda mesti mempunyai satu tajuk dan bercerita tentang sesuatu. Selamat mencuba!

39 comments:

9186/01 said...

Disebabkan oleh gangguan teknikal, sajak tersebut saya masukkan di sini.

A-Antara hidup matiku
B-Berilah aku peluang
C-Cinta pandang pertama
D-Di hati rindu
E-Engkau cahaya hidup
F-Firasat ku benar
G-Gadis pilihan ku
H-Hatiku tergoda
I-Indah senyum mu
J-Jangan tinggal daku
K-Ku masih setia
L-“Love only you”
M-Matamu secantik permata
N-Namamu tetap dihatiku
O-Obor cinta membara
P-Penantian suatu penyeksaaan
Q-Quran penyembuh luka
R-Rasa rindu dendam
S-Satu dalam seribu
T-Takdir penentu segalanya
U-Untuk yang tersayang
V-“Very special”
W-Warna kehidupanku
X-X-ray lah dada
Y-Yang paling utama
Z-Zaman percintaan kita

------

Syabas kepada penyumbang dan saya hargai komitmen yang awda berikan untuk menghasilkan sajak ini. Kepada pelajar lain, jangan lupa tugasan awda.

9186/01 said...

Jawapan saya kepada sajak di atas:

Sajak ABC Duniaku
oleh: Tok Guru

A – Aku, gurumu.
B – Bercita-cita tinggi.
C – Cintaku pada Brunei, dalam.
D – Darahku merah.
E – Entah apa rezekiku esok.
F – Fananya, duniaku.
G – Gurau-senda, kusuka.
H – Haji? Belum lagi.
I – Ingin ku berbakti.
J – Janjiku kujulang.
K – Kataku kukota.
L – Lalaiku, kubenci.
M – Masaku, kuhargai.
N – Negaraku, aman.
O – Optimistik? Ikut situasi.
P – Proaktif? Kuidami.
Q – Q, aku suka ikut giliran.
R – Remajaku, sudah kutinggalkan.
S – Superman? Bukan aku.
T – Titih, cita-citaku.
U – UBD, pejabatku.
V – Visiku jelas
W – Wangikan nama bangsa, wawasanku.
X – X?
Y – Ya. Aku lelaki.
Z – Zzzzz

Anonymous said...

Zirah_HZ

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Tahniah kepada pelajar tersebut. Sajak tersebut sangat mendalam. saya sangat suka huruf P kerana ia bersangkutan dengan diri saya.

Anonymous said...

Saya sememangnya meminati Sastera terutamanya sajak, kerana sajak mengandungi maksud yang tersirat dan tersurat yang harus di fahami dengan mendalam. Bahasa bunga hanyalah kiasan saja, tugasan kita pula mencari maknanya.
Saya juga pernah mengikuti Peraduan Mencipta Sajak di sekolah saya dan telah mendapat tempat yang ke-2. Akan tetapi itu peristiwa lama, saya juga tidak pasti jika saya dapat membuatnya lagi.
Dari itu saya sangat setuju mengenai kemasukan sajak di dalam blog ini.

Anonymous said...

A-Andainya engkau mengerti
B-Bahagia sepanjang hidupku
C-Cintamu merosakkan jiwaku
D-Duniaku hancur musnah
E-"empty broken pieces"
F-"Fun never exist"
G-Gerun menanti cintamu
H-Hatiku terbelah hancur
I-Impianku tidak kesampaian
J-Jiwaku menanti harapan
K-Kerana engkau musnah
L-Lama menanti senyumanmu
M-Mati kerana cinta
N-Nokhtah diakhir kesudahan
O-Onak duri beracun
P-Panah menikam jiwaku
Q-"Quit before suffer"
R-Rahsia hatiku padamu
S-Suratku tidak terbalas
T-Tema cintaku musnah
U-"unacceptable love"
V-"Vanishing my dreams"
W-"wandering for love"
X-"X-amine my heart"
Y-Yang menjauhi kita
Z-Zaman kehancuran kita

Ditulis oleh: Kumbang Sepi

9186/01 said...

Daus:

Usaha tangga kejayaan. Daus, awda dan rakan-rakan yang lain boleh menyumbang apa saja bentuk penulisan, sama ada bentuk kesusasteraan atau esei dan hantarkannya melalui emel blog ini: 9186.01@gmail.com.

Contoh hasil karya pelajar yang boleh saya muatkan di sini ialah:

1. Sajak,
2. Syair,
3. Pantun,
4. Cerpen,
5. Ulasan,
6. Rencana dan sebagainya.

Awda juga boleh mengongsikan gambar-gambar awda. Saya berharap laman blog ini akan menjadi hak milik pelajar BM saya sepenuhnya.

Cgu Ali

9186/01 said...

:)

Saya bangga dengan Pujangga Merindu dan Kumbang Sepi. Teruskan usaha awda.

:)

9186/01 said...

Pembetulan

Pujangga Merindu:
N - Namamu tetap di hati (Kata sendi nama 'di' bukannya imbuhan 'di+')

Kumbang Sepi
N - Noktah di akhir kesudahan. Ejaan Noktah; Kata sendi nama 'di' bukannya imbuhan 'di+'.

S - Suratku tidak kaubalas
(kaubalas memang dieja rapat kerana ia selari dengan kubalas; dibalas. Namun, saya balas dan engkau balas ditulis dengan jarak).

Kumbang Sepi: Saya tidak mengajar pelajar-pelajar Set 5 tetapi jika benar awda bukan pelajar saya, saya berbangga dengan keberanian pelajar lain menyumbangkan hasil kreativiti mereka. Buat pelajar-pelajar saya, perkara ini ialah sebuah cabaran untuk awda. :)

Anonymous said...

Terima kasih cikgu kerana telah membetulkan kesalahan-kesalahan saya dan telah memberikan saya semangat untuk bergiat lebih aktif dalam blog ini.

Anonymous said...

Terima kasih cikgu, kerana meluruskan segala kesalahan dalam sajak abc saya itu. Ada banyak lagi yang saya buat tetapi keseluruhannya saya buat dengan bahasa inggeris, bukannya bahasa melayu. Insyallah saya akan membuat lagi dalam bahasa melayu, nanti lagi ku hantar.

Anonymous said...

A-antara aku dan dia
B-biarkan dia pergi
C-cinta biar satu
D-Dihati sangat terluka
E-Engkau buah hatiku
F-Firasat yg tidak betul
G-gadis melayu
H-hatiku musnah kerana dia
I-indah cinta yang kau berikan
J-jangan penipu
K-kini tiada
L-lagi ku dapatkan
M-merasakan benci
N-nama yang menipu
O-orang yang tidak jujur
P-penyeksaan dalam diri
Q-quran penyembuh segala nya
R-rasa tidak tahu
S-sampai sinilah cikgu saya berhenti sekolah

Anonymous said...

T-tidak 0h! Tidak
U-U"you"-kau
V-"very special woman"
W-"why?",i said
X-X?
Y-ya dialah perempuan
Z-'Z' nama utama nya.......

Anonymous said...

Tajuk: Untuk orang yang ku sayangi

(A)Aku sangat menyintai dirinya
(B)Bolehkah dia memaafkan diri ku?
(C)Cinta ku hanyalah untuk dirinya
(D)Dialah satu dalam seribu
(E)Engkaulah satu-satunya yang dapat membuka pintu hati ku
(F)For you, I will sacrifice everything
(G)Gembirakah engkau membiarkan aku menderita
(H)Hidupku sepi tanpa diri mu
(I)Insan yang teristimewa bagiku adalah diri mu
(J)Jadilah sebahagian dari hidup ku
(K)Kenang daku dalam doa mu
(L)Lihatlah aku yang selalu menagih cinta dari mu
(M)Mengapakah engkau susah menerima kehadiran ku?
(N)Namamu terpahat di hati ku
(O)Ombak dan lautan akan ku rentasi
(P)Perlukah aku menanti mu?
(Q)Q bukan nama sebenar
(R)Rasailah penderitaan ku ini
(S)Seksanya hati ini menanggung rindu yang amat dalam
(T)Tanpa mu aku tidak dapat hidup
(U)Untungnya aku sekiranya aku dapat memiliki cinta mu
(V)Viewlah hati ku yang terluka ini
(W)Walau apapun yang berlaku, aku tetap menanti mu
(X)X-raylah dada ku jika engkau inginkan bukti
(Y)Yang ku sayangi hanyalah diri mu
(Z)Zzzz masa untuk ku melupakan segalanya buat sementara waktu

9186/01 said...

Choy:

Pembetulan.

Salah < > Betul
ku sayangi < > kusayangi
menyintai < > mencintai
diri ku < > diriku
cinta ku < > cintaku
hati ku < > hatiku
everything? atau anything? pilihan awda
diri mu < > dirimu
hidup ku < > hidupku
doa mu < > doamu
kehadiran ku < > kehadiranku
penderitaan ku < > penderitaanku
tanpa mu < > tanpamu
cinta mu < > cintamu
ku sayangi < > kusayangi
ku rentasi < > kurentasi

Terima kasih :)

Nasihat saya, jangan kecewa :)

Anonymous said...

Terima kasih cikgu di atas pembetulan tersebut..Insya Allah tidak akan saya lakukan lagi

Anonymous said...

a]aku merasa kehilangan mu
b]bolehkah aku bahagia tanpa dirimu
c]cintaku kepada mu tulus dan suci
d]dihatiku hanya ada pada kamu
e]embun ibarat tangisan yang membasahi pipimu.
f]'frustration is the only one of my loneliness'
g]gembira hatiku melihat engkau bahagia
h]hanya engkau penyembuh hatiku yang duka
i]indahnya saat bersamamu dengan berpimpin tangan
j]jauh hatiku meninggalkan dirimu
k]keluh lidahku apabila berhadapan dengan engkau
l]lima saat tidak menatap mukamu bagaikan api yang membanjiriku
m]mukamu yang cantik adalah racun yang berbisa bagi diriku
n]nampak tenang hidupku tetapi seharian aku dalam kesedihan
o]ombak sanggupku hadapi walupun ombak tsunami yang menggerunkan asalkan bersamamu
p]pening kepalaku memikirkan dikau yang tidak lagi memeperdulikanku
q]quran penyembuh luka hatiku
r]rasa rindu kepadamu memuncak
s]setia kepada percintaan adalah sifat semulajadiku
t]tema cintaku hancur musnah kerana kesilapan yang engkau berikan
u] untuk melayanmu kembali adalah sesuatu yang mustahil
v] 'very tired to love you'
w] 'waiting for you is like waiting in the prison'
x] 'x-plain my feeling'
y] 'you left me '
z] 'zone of destruction'

Anonymous said...

A-AKHIRNYA
B-BEBANKU
C-CERIAKANLAH
D-DI RUANG HATI KU
E-ENTAH KENAPA
F-FAJAR MENJELMA
G-GEMBIRANYA HATIKU
H-HARI PUN GELAP
I-IKAN GORENG
J-JANGAN MAIN-MAIN
K-KEKASIH KU AWAL DAN AKHIR
L-LELAKI MIANG
M-MENJELANG AIDILFITRI
N-NUR ADALAH CAHAYA
O-OH PUJAAN KU
P-PERGI TANPA MENINGGALKAN PESAN
Q-QURAN MENYENAGKAN HATIKU
R-RAMBUT KU KUSUT
S-SEMBAHYANG ADALAH WAJIB
T-TERLUKA HATIKU
U-UNTUK MU WAHAI PUJAANKU
V-"VERY NICE"
W-WARNA BIRU KEGEMARANKU
X-"X-FILE"
Y-YA, SAYA MEMANG MENCINTAIMU
Z-ZAMAN PERSEKOLAHAN

Anonymous said...

Tajuk: Perasaan Cintaku

A. Aku jatuh cinta
B. Berharap kau juga mencintaiku
C. Cinta pandang pertamaku
D. Di mana ku berada
E. Engkau tetap berada di hatiku
F. Fikiranku hanya untuk mu
G. Gementar bila kau tiada
H. H***A
I. Itulah nama terpahat di hatiku
J. Jangan kau pergi dulu
K. Katakanlah dahulu
L. Lemah hatiku bila kau tidak mengatakannya
M. Matamu membuat aku jadi begini
N. Nanti baru tenang hatiku
O. Oh!
P. Pantasnya masa berlalu
Q. "Queen" iaitu kau di di istana hatiku
R. Raja iaitu aku berada di sebelahmu
S. Serasilah kau dan aku di hatiku
T. Tutuplah pintu hatiku
U. Untuk mu seorang saja hatiku ini
V. Virus cintamu adalah penyakitku
W. Walaupun kau tahu
X. X-raylah hatiku untuk kepastian
Y. Ya,
Z. Zaman ini akan menjadi zaman percintaan kita

Anonymous said...

A-Aku hanyalah insan biasa yang ingin mengerti apakah sebenarnya erti kehidupan?

B-Bersabarlah kepada segala rintangan yang mendatang.

C-Carilah seseorang yang betul-betul mencintai dirimu

D-Di hatiku ini hanyalah ada kamu

E-Engkaulah Cinta pertama ku

F-"For you i will"

G-Gerhanaska cinta

H-Hanya kamu yang selalu terbayang di mindaku

I-Ikhlas kasihmu dariku

J-Janganlah engkau meragui diriku ini

K-Kaulah satu-satunya di dalam seribu.

L-Lama-lama hatiku terpaut kepadamu

M-Mustahil bagiku memilih yang lain kecuali dirimu.

Anonymous said...

Teka siapa aku?

A-Aku siapa?
B-Bila aku dilahirkan?
C-Cubalah teka.
D-Di mana?
E-Erlinda,nama ibuku dulu.
F-Filipina,asalnya ibuku.
G-Gayaku,ringkas.
H-'H'hujung namaku.
I-Islam agamaku.
J-Jari kakiku sepuluh.
K-Kenapa?Ketawalah kamu.
L-Lapan huruf namaku.
M-Manusia?Tentulah.
N-Nak tahu lagi
O-Oksigen udara ku hirup.
P-'Petunjuk'maksud namaku.
Q-'Queen of peace'
R-'R'namaku.
S-Satu campur enam umurku.
T-Temburong asalnya bapaku.
U-Ujian ku tempuhi
V-'Very brave'
W-Wang bukan kepentinganku.
X-X-ray lah otak ku.
Y-Yang terakhir
Z-Zzzz.Aku balik dulu.

Anonymous said...

Sahabat

A-Aku tidak akan hidup tanpa seseorang yang bergelar sahabat

B-Bagai aur dengan tebing kita diibaratkan

C-Cinta ku kepada mu sahabat melebihi segalanya

D-Di saat aku dilanda kesepian kau hadir menemani

E-Engkaulah penghibur ketika aku bersedih

F-'Friends Forever'yang kita harapkan

G-'Great' you are a great friend

H-Hati yang sedih terubat apabila kita kongsikan bersama

I-'Inspiration' sahabat kaulah inspirasi ku

J-Jarang sekali kita bersengketa

K-Kejujuran dan keikhlasan mengukuhkan persahabatan kita

L-Lupa segala masalah tatkala kita bersama

M-Manakan ku cari pengganti mu wahai sahabat

N-"No one else come close"

O-Orang sering mencemburui persahabatan kita

P-Persahabatan kita tiada penghalang

Q-"Queen" ku ibaratkan seperti kamu wahai sahabat

R-Rahsia dikongsi bersama

S-Setia kawan juga kita amalkan

T-Tuhan, berkatilah persahabatan kami

U-Utuhkan persahabatan kami agar ia kekal

V-"Very Special"

W-"With Love"

X-X-Ray? tidak perlu jika kau mempercayai diriku

Y-"You know me better than anyone else"

Z-Zz..sekian

9186/01 said...

Saya amat bangga dengan keberanian pelajar-pelajar yang menyumbangkan karya sajak mereka di sini. Jika ada masa, saya akan betulkan beberapa kesalahan tatabahasa yang ada.

Secara umum, antara kesalahan yang biasa saya nampak di sini ialah:

(kata nama) dan (kata ganti nama diri) yang sepatutnya awda satukan awda jarakkan.

contoh:

kata nama + kata ganti nama diri
cinta ku (sebetulnya) cintaku
hidup ku (sebetulnya) hidupku
hidup mu (sebetulnya) hidupmu
dan lain-lain.

(kata ganti nama diri) dan (kata kerja) yang sepatutnya awda satukan awda jarakkan:

contoh:

kata ganti nama diri + kata kerja
ku sayangi (sebetulnya) kusayangi
kau balas (sebetulnya) kaubalas

9186/01 said...

Sajak "Teka siapa aku" oleh RJ.

Saya amat menyukai sajak ini kerana ia tidak bercerita tentang conta. Jika kita tanyakan kepada rakan-rakan apa itu sajak, ramai yang akan menjawab bahawa sajak ini perlu menggambarkan perihal cinta. Syabas RJ. Teruskan usaha awda.

:)

Anonymous said...

Saya juga suka dengan sajak yang dibuat oleh rj sebab ianya lain dari yang lain. InsyAllah, kalau saya ada waktu, saya akan cuba meneka siapakah gerangan orangnya yang menulis sajak "Teka siapa aku".

Anonymous said...

Buat seorang insan yang aku pernah cintai..

Juwitaku
matamu seindah bulan
terang menyinari
alam hati ku
gelap jadi bercahaya
engkaulah sinar permata

Juwitaku
sifat keayuanmu
menusuk kalbu ku
membuat ku rasa terapung
di langit biru
Mahligai tempat tinggalmu

Sudikah kau jadi permaisuriku
menempuh segala rintangan
di dunia, yang hanya ada kita
bebas dari segala durjana
tiada syaitan bertopengkan manusia
hanya kebahagiaan menanti kita
di syurga yang kekal
abadi selamanya..

Anonymous said...

Sajak-Bunga Hati.

Ditengah cahaya bulan purnama
sekuntum bunga merah warna
menyerikan taman alam semesta
memukau setiap mata
sehingga aku kaku membisu
melihat kecantikan bunga idamanku

Terasa waktu bergerak perlahan
melihat kecantikan bunga idaman
masih mekar berkilau ditaman
tetapi, bila hanya malam tiba
barulah dapat ku lihat Si bunga
ditemani cahaya bulan purnama

Ingin rasanya hendak ku sunting
tetapi fajar mula menyinsing
hilanglah cahaya bulan purnama
hilanglah cahaya pesona bunga
kerana mentari menghembus api
hancurlah bunga ditaman hatiku ini..

Anonymous said...

sajak buat seseorang yang saya kasihi:

walaupun kau semakin jauh dimataku
tetapi hatiku masih merinduimu
bagiku kau adalah segala-gala
ibarat matahari yang menyinari kegelapan yang terpendam dihatiku

bagitulah perasaanku terhadapamu
hanya senyumanmu dapat memberi aku ketenangan hati dan fikiran
Hidup tanpa engkau begitu menyakitkan saya
bagaikan bara api yang menikam hatiku

ingin rasanya ku memberitahu perasaan hatiku kepadamu
tetapi sedihnya saya tidak dapat
mengatakannya.
hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hatiku ini.

dibuat oleh kumbang sepi

Anonymous said...

Alangkah bahagia hatiku apabila cintaku diterima olehmu
Wahai kekasihku saya selalu merinduimu setiap masa

Sehari tidak melihatmu seperti suatu penyiksaan bagi diriku
bagaikan kaca melukakan hatiku
yang hampir hancur terbelah dua

Saya tidak mahu kehilanganmu
Tidak mahu dihampakan dan kecewa kerana cinta
Bukannya saya tidak mahu memberitahu yang saya cinta padamu


ditulis oleh kumbang sepi

Anonymous said...

Masa
kupandang ke belakang
kupandang ke depan
mengenang masa lalu
mengenang masa sekarang

Apa yang telah aku buat
apa yang akan aku buat
baik dan buruk
suka dan duka
budi dan dosa

Mana satu yang banyak
mana satu yang sedikit
tak terkira

Masa
bilakah akan berakhir
hanya yang Esa tahu segalanya.

Anonymous said...

Di sini
gembira dan kekenyangan
mana rasa syukurnya
Di sana
berduka dan kelaparan
kuatkanlah semangatmu.

Kupandang kanan orang bersuka
kupandang kiri orang bertelanjangan
mana akal fikiranya
mana rasa malunya
akan dosanya
kepada Tuhan.

Anonymous said...

Minta maaf, saya terlupa hendak memberitahu tajuk bagi sajak saya itu. Sajak pertama bertajuk "Masa"
dan yang kedua ialah "Di sini dan di sana".

9186/01 said...

Saya amat suka sajak-sajak yang ditulis oleh RJ. Teruskan usaha awda. Jika perlu, awda dan rakan-rakan lain, hantarkanlah sajak-sajak awda ke Pelita Brunei. Saya boleh membantu awda jika awda mahu.

Anonymous said...

A- Andy kekasih ku
B- Bunga rose 7 kuntum di tanganku
C- Citra kisah kita takkan ku lupa
D- Di dadaku terukir indah namamu
E- Egoku ku ketepikan
F- Fantasi, alam yang sungguh indah
G- Gaya mu yang tidak cool
H- Hayung ku meliat
I- Impian.
J- Jagaku, tidurku terkenang wajahmu
K- Kalam kata yang kau ucapkan
L- Lembut didengar dicuping telingaku
M- Mengapai cita-cita bersamamu
N- Nanti akan tercapai segala-galanya
O- Ombak rindu menghempas benak ku
P- Perasaan takkan hilang
R- Rambut baru mu
S- Sesuai dengan imej mu yang sedia ada
T- Tegap dan tampan
U- Ungkapkanlah semua yang terpendam
V- Violet warna lambang cinta kita
W- Wow! Tak ku sangka aku jiwang
X- Xtreme nya diriku ini
Y- Yang tersangat kiut
Z- .......

Mizah17 Set 3

Anonymous said...

Sempena di bulan Ramadhan ini saya ingin membuat sajak yang bertajuk "Bulan pembawa rahmat".

Kau datang sebulan dalam setahun
membawa penuh rahmat
kepada yang beramal ibadat
melipat gandakan pahala
memghapuskan dosa
alangkah baiknya
jika mereka mengetahuinya
jika mereka menyedarinya.

Ya Allah, Ya Tuhanku
Maha Besar
yang Maha Melihat
yang Maha Mendengar
dan yang Maha Mengetahui
segalanya.

Satu menjadi sepuluh
setiap satu amalan
betapa hebatnya bulan ini

Bukalah mata kamu
bukalah telinga kamu
bacalah ia
dengarlah ia
kitab untuk Nabi kita
dan umatnya.

Anonymous said...

A- Akhirnya Ku Menemukanmu
B- Biarkan aku mencintaimu
C- CintaMu Hidupku
D- DiDalam Lubuk Hatiku
E- Engkau bertakhta di hati
F- "Forever and Ever"
G- Gembira sedih kita bersama
H- Hanya engkau penawar rinduku
I- Ingin aku selalu disamping mu
J- Jika nanti kau sanding diriku
K- ku harap engkaulah jawapan
segala risau hatiku
L- Luka dihatiku biarlah berlalu
M- Miliki aku dengan segala
kelemahanku
N- Naungan suaramu berbisik di
telingaku
O- Oh Kasihku
P- Penawar segala duka ku
Q- Que Haider seiras rupamu
R- Ramai yang tergila-gila padamu
S- Satu Ku pinta
T- Tuluslah mencintaiku
U- Untuk selama-lamanya
V- Viva forever kata sahabatku
W- We Belong together Kata mu
X- 'X' Bukan nama sebenar
Y- Yang hanya bertakhta di hatiku
Z- Zorro Ku,aku mencintaimu
sedalam-dalam hatiku


*SET2*- Gaobl`s

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]discounts on software for, [url=http://firgonbares.net/]student discounts on adobe software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] filemaker pro apple version 9 downloads buy photoshop 6
software of adobe photoshop [url=http://firgonbares.net/]buy kaspersky[/url] college student discount software
[url=http://firgonbares.net/]line software store want[/url] buying oem software
[url=http://firgonbares.net/]sale software used[/url] buy discounted software
second hand adobe software [url=http://firgonbares.net/]adobe photoshop extended cs4 student for mac[/b]

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!