Thursday, July 5, 2007

Entri Pertama: Selamat Datang

Assalamualaikum dan Selamat Datang.

Bismillahirahmanirahim.

Laman blog ini diwujudkan khusus buat pelajar-pelajar kursus 9186/01 di PTEB. Mudah-mudahan matlamatnya untuk menjadikan blog ini sebagai satu saluran perbincangan dan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di luar bilik kuliah menjadi satu kejayaan.

Lebih kurang seramai 70 orang pelajar kursus ini; iaitu pelajar-pelajar Pra-Universiti 1 Set 2, Set 3 dan Set 6; akan berusaha untuk memanfaatkan wahana ini sebaiknya. Laman blog ini juga secara tidak langsung akan menjadi laman web kelas bagi pelajar-pelajar terbabit. Selain daripada itu. insya Allah, blog ini akan memuatkan beberapa bahagian, kesemuanya untuk dikomen oleh para pelajar. Antara bahagiannya:
  1. Sehari serangkai frasa / Sehari sepatah kata.
  2. Peribahasa minggu ini.
  3. Bahasa Dalam dan Terasul (Brunei).
  4. Isu bahasa.
  5. Berita semasa.
  6. Kerja rumah.
  7. Photoblogging.
Sehingga entri seterusnya, terima kasih.

3 comments:

nadihrah_set2 said...

komen saya blog ini sangat bagus dan amat berguna bagi kami

Adibah Set 6 said...

Terima kasih saya ucapkan kepada cikgu kerana memberi peluang kepada kami untuk memberi komen melalui blog ini. Mudah-mudahan dengan kesempatan ini, kami boleh memperbaiki bahasa kami lantas menambahkan lagi pengetahuan kami mengenai hal-hal semasa.

zahirah-set 6 said...

saya berpendapat dengan adanya blog ini, saya boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya mengenai pelajaran Bahasa Melayu ini kerana bagi saya ia adalah bagus dan memang barmanfaat sekali dalam menyuarakan pendapat dan komen kita dalam apa jua yang dibincangkan.