Selamat pagi. Segmen sehari sepatah kata kita hari ini ada kaitannya dengan entri kelmarin iaitu 'sekular'.
sekular (sebutannya sékular atau 'say'-kular)
berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan:
Contoh ayat: Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama dengan kehidupan ~;
pendidikan ~: pendidikan yang memberikan pelajaran atau pengetahuan yang bukan bersifat atau berkaitan dengan keagamaan.
mensekularkan
menjadikan sesuatu (sistem, fahaman, dan lain-lain) bersifat sekular: orientalis Barat cenderung untuk ~ sistem perundangan Islam;
kesekularan
keadaan sekular;
pensekularan
proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kepada nilai kehidupan duniawi, sekularisasi.
sekularis
orang yang menganut fahaman sekular;
sekularisasi
pensekularan.
sekularisme (sebutannya sékularisme - vokal 'e' dalam 'me' sama sebutannya dengan 'e' dalam 'Berakas')
faham (doktrin, pendirian dan sebagainya) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.
sekularistik
bersifat (mengamalkan) sekularisme:
Contoh ayat: Apa jua bentuk pemisahan dan pembelaan, kedua-duanya akan melahirkan sikap ~.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:1213)
11 comments:
komen saya, laman ini telah banyak membawa manfaat bagi pelajaran Bahasa Melayu1....
Noramanina SET2
comment saya cikgu ane handsome hehe x)
comment saya ialah aku student dari set 2..THE END..
coment saya:saya ska blog ani..Hahahaha
komen saya, laman ini telah banyak membawa manfaat bagi pelajaran Bahasa Melayu1....
comment saya hmmm.......
mengancam.. X)
komen saya..saya tidak tahu apa hendak d komen...
apakan durang buat ah? mbagi comment kh mbgi apa?
komen saya bagus lah blog ane dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami
Saya berasa gembira sekali kerana dengan adanya blog ini, terutamanya yang memaparkan sehari sepatah kata itu, saya berpeluang mengetahui perkataan-perkataan yang baru.
Seperti perbuatan sekular itu, ia adalah sikap yang dilarang oleh Islam kerana kita tidak diajar untuk lebih mementingkan keduniaan, bahkan kita sering diingatkan agar selalu ingat pada hari akhirat.
Post a Comment