Saturday, August 4, 2007
Keganasan di arena tempatan
Bincangkan di sini punca-punca keganasan kenapa perlakuan tersebut wujud di Brunei Darussalam, kemudian buat usul bagaimana mengelak kejadian ini daripada berulang kembali.
Pasangan Buli Warga Emas Ditahan 1
Pasangan Buli Warga Emas Ditahan 2
Terima kasih.
Sehari Sepatah Kata edisi ke-10
hipokrit
(orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik,
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:460)
empati (sebutannya émpati)
daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain: kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yang dikaji, dan rasa ~ terhadap masyarakat tersebut telah mengubah bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara; perkembangan sifat ~ terhadap orang yang menghadapi masalah dadah.
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:336)
sarkastik
bersifat menyindir (dengan kata yang tajam, pedas) yang boleh menyakitkan hati seseorang: kata-katanya yang sangat ~ itu menyebabkan kami terpaksa berfikir panjang.
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:1193)
proaktif
berkenaan sifat positif (individu, institusi, dan lain-lain) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku): kerajaan negeri akan mengambil pendekatan ~ untuk menjayakan projek yang dirancangkan.
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:1056-1057)
pesimistik (sebutannya pésimistik)
bersikap atau berpandangan mudah putus harap (cenderung melihat keburukan sesuatu, segera berasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu), lawan optimis: di dalam bukunya terdapat rasa ~ kerana ia melihat banyak kejelikan dan kepincangan dalam masyarakatnya; orang-orang yang ~ meramalkan kemungkinan berlakunya perang dunia kurun ini.
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:1029)
optimis
(orang yang) selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu (perkembangan, kemungkinan, dan lain-lain), (orang yang) selalu melihat sesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik: saya juga seorang ~, tetapi lebih munasabah dan menguntungkan jika kita mengambil sikap berhati-hati dan berjaga-jaga.
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:945)
www.truckandbarter.com
Berita baik!
Saya telah menghubungi beliau. Awda ingin tahu apa yang beliau katakan tentang kita? Layarilah laman ini:
Tuesday, July 31, 2007
Kata-kata hikmat, slogan dan yang sama jenis dengannya
Lagu kebangsaan kita: Bukan sekadar musik
Menurut memorandum dari Puan Pengetua yang bertarikh 11 Mac 2006 dan memorandum susulan dari Pemangku Pengarah di Jabatan Sekolah-Sekolah (Bahagian Menengah) bertarikh 15 Mei 2006, hal ini timbul atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa lawatan baginda yang tidak berjadual ke sekolah ini pada 9 Mac 2006.
Jelas, ketika menyanyikan lagu ini, kita sebenarnya merapakkan kesyukuran kita kerana negara kita ditadbir oleh raja yang adil dan baginda, tanpa disangkal, memimpin kita hingga kita bahagia. Melalui lagu ini juga, kita sebenarnya berdoa kepada Allah Ta'ala agar raja, rakyat dan negara kita berada dalam keadaan aman dan sentosa, keadaan yang kita nikmati sekarang dan keadaan yang hanya mampu diimpikan oleh rakyat sesetengah negara lain.
Dari hal yang demikian, ketika menyanyikan lagu kebangsaan, nyanyikanlah ia dengan penuh semangat dan rasa syukur. Hormatilah, hayatilah dan aminkanlah lagu kebangsaan kita kerana ia bukan sekadar musik.
Tahukah awda?
- Nama sebenar Awang Besar bin Sagap ialah Yang Mulia Pengiran Ibrahim bin Pengiran Sagap.
- Nama sebenar Yura Halim ialah Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim.
- Secara rasminya lagu 'Allah Peliharakan Sultan' dipakai (dan menjadi lagu kebangsaan Brunei) ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saiffudien Sa'adul Khairi Waddien ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam pada tahun 1951.
- Secara tidak rasminya, lagu ini mula dikumandangkan ketika Almarhum Sultan Haji Ahmad Tajuddin ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam bercemar duli untuk berangkat ke majlis pengibaran bendera negara pada tahun 1947 iaitu sempena ulang tahun penubuhan BARIP (Barisan Pemuda Brunei).
- Lagu 'Allah Peliharakan Sultan' mula digubah pada tahun 1947 apabila sekumpulan pemuda Brunei berasakan yang Brunei seharusnya sudah mempunyai sebuah lagu kebangsaan.
(Sumber: Brunei Resources)
Bacaan lanjut: