Bunga selasih, Daun keladi; Terima kasih, Hari ini lagi!! :)
Namun belum ada yang berani meninggalkan komen mereka (dalam erti kata lain: belum ada yang membuat tugasan yang diberikan). Berikut adalah penerangan tentang entri dan bagaimana awda boleh ikut serta dalam komuniti atas talian ini.
Setelah awda mengklik 'Comments', ini akan terpapar:
Petua (tips) untuk menulis komen:
- Baca dengan teliti bahan yang hendak dikomen.
- Komen awda boleh saja buah fikiran awda. Namun (adalah lebih baik jika) awda boleh juga menambah komen dengan membuat rujukan di buku-buku, majalah-majalah atau laman-laman web lain (baik yang berbahasa Melayu mahupun Inggeris) mengenai sesuatu perkara yang dijadikan perbincangan.
- Contohnya:
- "Pada pendapat saya...."
- "Saya mendapati, iaitu hasil bacaan saya di majalah Utopia..."
- "Saya suka dan bersetuju dengan pendapat kamu namun buku A menerangkan fakta sebaliknya..."
- "Saya tidak bersetuju dengan pendapat kamu keranaKhutbah Jumaat minggu lalu menegaskan yang..."
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment