Jika awda mempunyai RM50,000 (lebih kurang BND25,000), apa yang awda akan buat?
Kemungkinannya:
- Naik haji? Cukup buat dua orang (Insya Allah).
- Pergi umrah? Mungkin untuk satu keluarga seramai lima orang (cukup dengan perbelanjaan).
- Beli kenderaan? Motosikal atau kereta?
- Melancong? Ke kota London? Singapura? Paris? New York? Tokyo? atau Miri?
- Belanja kawan-kawan dan keluarga makan di restoran mahal?
- Beli pakaian?
- Mulakan perniagaan?
- Belanja kahwin? hmmm...
Tugasan pelajar-pelajar:
- Beri saya dan rakan-rakan tahu apa yang mungkin awda beli dengan wang sebanyak itu.
- Jika awda tahu, kongsikan di sini berapakah dendanya jika seseorang melakukan perkara yang sama di Brunei.
3 comments:
Rm50,000 sama dengan BND$25,000. Jadi nilai tersebut merupakan satu nilai yang besar! Bagi saya, saya akan membahagikannya kepada dua!Yang mana bahagian yang pertama saya gunakan untuk keperluan hidup seperti keperluan asas, barangan dapur, membeli perabot baru dan membeli-belah bersama keluarga. Dan bahagian yang lagi satu pula saya akan masukkan kedalam bank untuk kegunaan kemudian hari seperti menunaikan pardu haji bersana keluarga!
Mengenai dengan kejadian menyiarkan gambar atau artikel palsu di laman blog rasanya orang yang menyiarkan bahan tersebut di denda dan di sebat agar mereka merasa jemu.
Komen yang baik. Apa yang saya nampak, bunal271 membezakan ata 'mahu' (want) dan 'perlu' (need).
Pelajar lain?
Apakah faedahnya menyiarkan gambar palsu? Hasilnya orang itu jika sabit kesalahan hanya akan membayar denda, seperti yang dikatakan oleh cikgu, sebanyak RM50, 000. Itu baru hukuman keduniawaan. Bagaimana pula dengan hukuman di akhirat nanti? Lantaklah dengan orang tersebut.( maafkan saya jika saya berbahasa kasar di sini). Baiklah, berbalik kepada subjek saya di sini, mengenai apa yang patut saya buat jika memperolehi BND25, 000, terlebih dahulu separuh daripadanya, saya akan menyimpan di dalam bank dan separuh daripadanya berbelanja untuk kegunaan sendiri. =)
Post a Comment